Friday, May 20, 2011




Anak kucing bermata satu


TAWAU: Pelik tapi benar. Itulah yang berlaku ke atas seorang
 penduduk di Kampung Batu 4, Jalan Apas, di sini,
 apabila ibu kucing miliknya melahirkan anak kucing bermata satu, kelmarin.

Apa yang lebih menghairankan, kucing berkenaan
tidak mempunyai hidung selain lidahnya sentiasa terkeluar.

Pemilik kucing terbabit mahu dikenali Jamal, 30,
mengakui keganjilan anak kucing itu disedari sebaik
 dimaklumkan anaknya yang melihat ibu kucing itu melahirkan anaknya.

“Kucing berkenaan yang baru saja dilahirkan kira-kira
 jam 10 pagi di rumah dan menyangka anak saya
bergurau apabila menyatakan anak kucing yang
baru dilahirkan itu mempunyai mata satu.


“Sebaik diberitahu, saya terus melihat anak kucing
itu dan terkejut apabila mendapati memang anak
 kucing itu pelik kerana mempunyai satu mat saja,” katanya ketika
 Harian Metro, semalam.


Buat masa ini, katanya, rumahnya sentiasa tidak
 lekang pengunjung yang mahu melihat anak kucing ganjil itu.

sumber asal: myMetro



No comments:

Post a Comment