Saturday, March 31, 2012

biarkan airmata nie jadi milik awak . .

awak , saat ni hati saya terasa hancur sangat awak . . 
walau pun kita sempat msg secara elok td , tapi saya macam dapat rasa awak belum betul2 maafkan saya dan saya pun belum boleh lupa apa yang jadi semalam . . 
saya tak kuat sangat time ni awak ,sebab tu saya luah kan semuanya kat sini . . 
kalau saya bagitahu dan luahkan kat awak , saya tahu awak tak layan kalau saya taip panjang2 . . :(
awak , sakit sangat hati ni rasa bila tahan airmata dari jatuh . . sakit . . . 
saya rindukan hubungan kita masa awal perkenalan kita , time tu kita bahagia kan , mungkin sebab saya belum tahu bagaimana cara nak cemburu dengan awak , saya belum rasa sayang awak . 
tapi sekrang semuanya berubah . hati saya semakin kuat sayangkan awak sehingga kuat juga cemburu saya .
sumpah demi allah saya tak pernah nak cari pasal untuk kita bergaduh , apatah lagi nak rosakkan cinta kita .
apatah lagi nak suruh awak bencikan saya . saya taak sanggup pun nak buat macam tu .
tapi awak , skrg ni hati saya seolah2 belum pulih , belum boleh nak happy macam selalu dgn awak sbb saya rasa awak masih belum maafkan saya dengan ikhlas . cara awak msg , layanan awak , saya tahu blm bersedia untuk baik dgn saya , tapi sbb awak rindu saya , awak terpksa juga contact saya kan . .
awak , saya rasa nak bahu awak je sekarang untuk saya menangis sepuas2 nya  . . saya nak awak !!
saya tengah tunggu awak online skrg , sy rindukan awak . . 
selalu bila sy kata sy takde krdit awk akan ckp take care , i love u . tp td awak balas alaaa , , i miss u . . saya balas i miss u too , awak da ta reply pape , saya dpt rasa awak mmg tak bersedia nak berbaik dgn saya lagi . . 
 saya tak tahu da macam mana nak luahkan rindu nie , sakit sgt na tanggung sorg2 , bertmbah  skit bila sy tak tahu macam mana saya nak bgtahu yg sy rindukan awak . . saya perlukan awak sangt saat ni . . . saya perlukan awak yg dulu yg akan pujuk dan tngkan saya time sy nangis dan sedih . . 
sy tahu awak , awak mgkin layak untuk rasa benci dn bosan dgn saya , sbb cmburu sy teruk sgt . awak pun dah kata awak byk sabar dgn sy . . saya perlukan awak , saya tak kuat awak tak de , , , , , , , saya tak kuat AWAK . . 

Friday, March 30, 2012

aku rindu dia Ya Allah T_T

YA ALLAH , sesungguhnya hati ini sedang menahan rindu pada dia , terlalu sakit Ya allah .
kau kuatkanlah aku menerima semua dugaan-Mu dalam hubungan ini . 
sesungguhnya aku tahu dugaan ini ada hikmah yang baik .
aku yakin dengan-Mu Ya Allah .
andai dia dapat aku miliki , akan aku jaga dia sebaik mungkin hanya kerana-Mu Ya Allah .
terima kasih atas anugerah yang indah itu . dia milik aku kah Ya Allah ?
ingin sekali aku beraada tepat dihati dia , ingin sekali aku hidup kekal bersama dia .
maafkan andainya diri ini belum dapat gembirakan dia , tetapkanlah hatiku teguh pada Kau dan dia . . T_T
cinta aku pada dia sehingga kini masih sama seperti mula2 Kau kenalkan dia dengan aku . .
walau dugaan byk menimpa , aku akan tetapkan hati aku untuk dia , selamanya Ya Allah . . . . . . .
amin Ya rabbal alamin <3

awak ingat lagi tak (---><3) yang awak bg kat saya ?
saya akan simpan dan jaga baik2 panahan hati awak tu . biar sakit , biar luka , cinta saya selamanya untuk awak . . Ahmad Zulhilmi Ibrahim .

janji saya pada awak

walau SEHEBAT dan SEBESAR mana pun DUGAAN dan RINTANGAN yang Tuhan beri dalam hubungan kita , saya akan tetap pertahankan hubungan ni , sampai akhir hayat saya ! saya janji kat awak !
saya dah tak ada sesiapa lagi lelaki yang Tuhan hadiahkan untuk saya selain awak . cinta saya milik awak sepenuhnya ! milik AHMAD ZULHILMI IBRAHIM seorang shj ! saya tak tahu knp cinta dan sayang saya semakin kuat pada awak selepas ceramah dgn ustaz Don baru-baru ni . seolah2 ade sesuatu yang buatkan saya semakin mahu untuk teruskan cinta ni dan jaga hubungan dan tingkah laku antara kita . saya tahu cemburu saya terlampau kuat sehinggakan boleh membuat antara kita gaduh . maafkan saya juga sebab saat ni saya blm mahu cntct dengan awak , tak tahu mcm mana nak mulakan . tp kalau awak tahu , saya tengah menahan rindu kat awak skrg ni sayang !! 

Wednesday, March 28, 2012

ceramah ada apa dengan cinta - Ustaz Don

tajuk ceramah td ada apa dgn cinta . lepas ustaz cerita mcm2 , then dia tanya smua , siapa yg sdang fall in love , ade yang angkt tangan dan salah seorgnya saya . lepas tu ustaz don kata , dont break up , never need break up . apa yg perlu cuma jaga perhubgn (:

apa yang aku faham dalam ceramah tadi :
CINTA ITU FITRAH  . kurniaan tuhan pada kita sejak azali lagi . bercinta boleh sebenarnya kerana Tuhan sendiri yg kurniakan kita rasa itu , andai tidak boleh , dia tidak akan kurniakan kepada hamba-hambanya . kerana Tuhan itu maha benar , dia tidak akan memberikan sesuatu yang salah .
kita yang perlu bijak menjaga cinta agar ianya tidak menjadi salah .
kadang-kadang tertanya sendiri , bagaimana nak hilangkan rasa cinta , ingin di cintai atau mencintai ,rupanya ia memang tak akan pernah hilang dalam diri setiap orang kerana itu FITRAH , lahirnya semula jadi.

"jangan rosakkan cinta suci dengan kesilapan kita sendiri"


Thursday, March 22, 2012

kenapa aku macam nie ??

dalam diam , aku terfikir .
kenapa aku jadi macam nie ?
knp aku rasa tak suka dan benci sangat bila ada lelaki yang nak dekat dengan aku . setiap kali ada lelaki tak kira  kawan lama ke baru ke , terus fikiran aku fikirkan Amy . . kenapa ??
aku rasa nak lari je dari semua lelaki , aku rasa nak Amy je dekat dengan aku selalu . . 
sebenarnya baru tadi terima pggilan dari kawan sushi king , lelaki . aku ta jwb tp aku msg tye dia siapa n suruh dia msg aku je , jgn call . aku memang terasa malas sgt nak jawab call lebih2 lagi aku tahu dia kawan lelaki . 
serius terasa pelik knp jadi mcm nie sdgkan dlu ta pernah kesah pun kwn dengan lelaki ke perempuan ke , tp skrg terasa diri mcm lain sgt . 
aku boleh je na kwn , tp mcm ta sng je hati ni .
rasa cm na jauh jauh dan jauh lg . 
andai ini yg terbaik aku lakukan , aku akan terus macam ni . 
maafkan aku kengkawan lelaki smua kalau aku dah semakin jauh dari korg . maaf sangat-2 . . 
aku sendiri ta fhm knp . 
--'

Wednesday, March 14, 2012

kerana sayangkan awak

kasih , demi cinta dan rindu ini , ku memaksa tangan menaip seberapa ayat yang bisa kau baca .
selagi mampu aku berfikir , selagi mampu aku menaip , akan aku teruskan juga . hanya untuk kamu .
demi Tuhan , kasihku . aku terlalu mencintaimu , sehingga aku abaikan segala perasaan hati ini .
akulah wanita paling bahagia didunia ini sekiranya kau faham betapa besarnya anugerah rasa cinta aku pada mu . 
bukan sengaja aku menaip , bukan sengaja aku berfikir , tapi hakikatnya datang dari hati yang paling dalam .
selalu aku bayangkan , bagaimana hidup tanpa kau disisi . 
seringkali itu juga menangis menemani aku .
rasanya tidak sanggup kehilangan anugerah terindah ini dalam hidup .
kasihku , kerana cinta ,sayang dan rindu ini milik kau , aku abaikan segala rasa sakit jika datangnya dari kau .
aku sudah bijak menjadi kekasih yang setia .
kerana tidak mahu cintamu diduakan .
kasihku , sejujurnya aku dahulunya mempunyai ramai kawan lelaki berbanding perempuan .
kawan perempuan aku hanya didalam sekolah , malahan kawan lelaki aku orang luar , mungkin dari kawasan lain .
tetapi kini segalanya berubah , aku buang mereka jauh dari hidup aku , aku padamkan segala benda yang boleh membuatkan aku ingat padac mereka , aku biarkan mereka anggap aku jahat , semata-2 demi kau dan aku tak pernah salahkan kau semua nie terjadi , malah aku bahagia dan berbangga , aku boleh menjadi kekasih yang setia pada kau .
aku bahagia sangat-sangat meskipun aku kehilangan kawan yang aku kenal dulu sebelum kau .
kerana aku tahu , kawan beribu pun tak guna .
sekarang , aku hanya berkawan dengan kawan-kawan sekolah ku dan kawan kolej . .
dan alhamdulillah , aku dapat jaga pergaulan aku dengan mereka , kerana tidak mahu hatimu terluka sayang . 
kasihku , aku amat berterima kasih kerana kau dapat gembirakan aku dan pertahankan hubungan ini .
jika ada kesempatan , aku ingin menjadi sebahagian dari hidupmu , menjadi suri dihatimu .
insyaallah .
aku akan kekalkan kau dalam hati ini , agar kau takkan pernah jauh dari aku .
maafkan andainya aku belum menjadi ang terbaik , tapi sebolehnya aku mahu mencuba .
aku berharap tidak ada insan lain yang bisa menggantikan tempat aku sekarang .
aku sedang menjadi seorang kekasih yang setia pada kau .
jangan pernah membuat aku berputus asa .
ikhlas dari aku _ kekasihmu _lanie

Friday, March 9, 2012

new call for me

sayang , i want to thank u for the new call to me that MAMA !
u know , i already fall in love again . . HAHA , macam tak masuk akal kan even kita da couple setahun 5 bulan . 
serius sayang , ta tahu kenapa hati nie berdebar-debar bila sayang msg then call me MAMA . . 
panggilan baru ni rasa macam mula-2 je bercouple ngan awak . 
wlau ta kerap sgt , mgkin sbb tu rasa berdebar je . 
macam baru hari pertama couple ngan awak . hehe . pandai awak kan buat saya jatuh cinta lagi kat awak . . malu saya rasa . . SHAME SHAME >.<
act saya na balas PAPA jugak taw , tp saya cam malu , tu kadg2 je pgl awak PAPA . . 
awak panggil la sy BI taw . baru saya ta berdebar2 sgt . . hehe I LOVE U SO MUCH oncet <3

Tuesday, March 6, 2012

emak oh emak

Mak : Tahu tak kenapa mak sayang sangat kamu?
Anak : Sebab saya anak mak kan?
Mak : Tapi ada alasan yang lebih hebat daripada itu..
Anak : Apa tu mak?
Mak : Kerana boleh jadi kamu lah penyelamat mak di kubur nanti andai malaikat sedang mahu memalu dan memukul jasad mak nanti..
Anak : Mak! Janganlah...
Mak : Jadi anak soleh ye..mak perlukan doamu di sana nak..( Mak itu lantas mengalirkan air mata cinta :)

Monday, March 5, 2012

rindu space u8 , rindu na sama-2 ngan awak

SALAM TENGAH HARI ,
tiba-tiba pulok terasa na bercerita tentang SPACE U8 . . 
rindu pulak kat MALL tu . . 
mula-2 pergi memang la ta de apa , sebab shopping mall tu baru je na dibuka . ta banyak pun kedai-2 yang ada . 
tapi MBO ada , sebab tu lah Oppa ajak lanie gi situ . . kali kedua pergi pun ta banyak kedai , cuma yang bertambah pun COOL BLOG je . ahax . . 
tempat memang bosan sikit tapi besar , best la dari CITTA MALL . . < sengal punya CITTA MALL>
heee walau tempatnya bosan , tapi seronok sebab menghabiskan bosan tu dengan Oppa . pusing-2 jugak la dalam tue . . tengok kedai-2 yang kosong . --'
AHAX!
serius rindu sangat na gi situ . ada apa lagi yang bertambah agaknya dalam tu . . ta de ke orang na sewa kedai kat situ ?? ta la bosan sgt kalau datang kali ke 3 . 

nanti na ajak Oppa pergi lagi la . tapi . . sem da na start . bila masa kiteorang boleh spent time sama-2 :(
die nanti mesti lupa lanie . . mcm2 da lanie fikir , kalau dia jadi sewa kat shah alam , comfirm dye habiskan masa dgn kawan-kawan dia yg stay situ jugak . ta de msa untuk lanie da
start kolej nie , lanie kena terima macam-2 dugaan . lanie kena bersedia dr sekrg . lanie kena bwk diri sendiri . lanie da ta stay shah alam lg . da ta de masa na sesama ngn dye lagi .
serius sedih . dr start praktikal kami sesama , skrg da na start sem , dye akan jauh dari lanie ke .
takotnya na terima dugaan macam tu . kalau lanie ta kuat , mesti lanie nangis . lanie ta na nangis laaa :(

teringat zaman sekolah di kelas bahasa melayu

assalamualaikum dan selamat pagi (:
tiba-tiba lanie teringat zaman sekolah dulu . teringat jugak kat Cikgu Azlina ,guru BM kelas lanie . . 
tengah ada topik-topik yang dia ajar , dia bercerita tentang IKHLAS . . 
haha ini sangat lawak . . 'kita kena IKHLAS macam kita berak , sebab selepas kita berak , adakah kita teringat semula T*IK yang kita da keluarkan , mesti tak kan ??' so macam tu jugak dengan IKHLAS , kita ta perlu ingat balik apa yang da kita berikan kalau kita betul-2 ikhlas ' 

eh ! apahal la cikgu nie cerita pasal T*IK pulak --'
hahaha tapi Cikgu Azlina ajar memang best , senang nak faham sebab tu sampai sekarang pun masih ingat . . 
tapi tu sebab BM , kalau MATH mmg hancus . . . !!

=> zaman dulu kala 

selagi masih ada

Synopsis:-

Kali pertama Harith bertemu Dahlia, dia pasti wanita itulah cinta sejatinya. Namun bagi Dahlia, pertama kali dia bertemu Harith, Harith merupakan seorang yang sangat menyakitkan hati. "Selagi Masih Ada" mengisahkan cinta antara mereka, bersaksikan sekeping gambar dan kemudiannya terpaut dalam nada-nada cinta yang tidak dapat diungkapkan.

Sebuah perhubungan abadi tercipta; perkahwinan berlangsung, alam rumahtangga yang penuh bahagia dilayari, diikuti dengan kehamilan Dahlia. Namun kebahagiaan mereka terhenti apabila Dahlia disahkan menghidap Alzheimer.

Serius masih terbayang-bayangkan cerita nie . hebat dan kuatnya cinta Harith pada Dahlia . Harith yang sangat cool, penyabar , pandai berlawak  . . owh sweet sgt oke !! tengah try na download cerita nie . kalau la semua lelaki macam Harith , aman dunia nie . kuatnya cinta harith , masih boleh menjaga Dahlia sebaik mungkin meskipun Dahlia sudah hilang ingatan . makan minum semua tak terabai . 
aku jadi minat pulak kat BETO KUSYAIRI . . eh baru perasaan , nama KUSYAIRI dan HARITH nama adek aku --'
cuma ade aku yang tu QUSYAIRI . . sama je beza Q ngan K je . . hehehe owh BETO KUSYAIRI , adakah diluar bidang lakonan kau se sweet itu . . I love SELAGI MASIH ADA <3

Sunday, March 4, 2012



sayang , sesungguhnya saya berasa cinta saya semakin kuat untuk awak .
dah 1 tahun 5 bulan bersama awak , saya bahagia sangat .
terima kasih yea awak untuk segala pengorbanan awak selama ni .
saya nak bahagia bersama awak .
saya nak yang terbaik dari awak .
kasih sayang saya pada awak dari dulu sampai sekarang ta pernah berubah .
terima kasih untuk segalanya .
dear Ahmad Zulhilmi ,
andai suatu ketika nanti Allah pisahkan kita didunia , saya berharap agar kita akan jumpa di akhirat nanti .
walau macam mana pun cara kita terpisah , saya akan usaha untuk dapatkan awak semula . demi tuhan saya terlalu cintakan awak . saya dah tak berharap ada orang lain lagi selain awak . saya akan simpan cinta awak baik-baik . saya akan jaga sebaik mungkin . 
sayang , jangan pernah awak tinggal atau lepaskan cinta saya macam tu aja . saya nak awak hargai saya . ta ada apa lagi saya saya minta , saya cuma na awak faham dan hargai diri saya . sekarang , saya terlalu bersyukur sebab tuhan hadirkan awak dalam hidup dan hati saya . awak terlampau baik . awak lelaki pertama yang buat saya rasa dihargai . saya tak sanggup hilang lelaki mcm awak .
sayang , maafkan saya selama kita couple , saya ada banyak buat salah dengan awak . sama ada awak tahu atau pun tidak . maafkan semua kesilapan saya selama nie . saya hargai sangat kebaikan awak pada saya . pengorbanan awak nak gembirakan saya , besar sangat . saya hargainya awak . 
terima kasih banyak-banyak .
 awak . saya berharap sangat jodoh kita panjang . kalau ta sempat didunia , kita jumpa diakhirat nanti . INSYAALLAH . 
saya tak akan lepaskan cinta awak , sampai bila-bila pun . awak milik saya . I love u sayang . 

Friday, March 2, 2012

rindu awak

awak , sumpah saya rindukan awak sangat-2 . . saya sunyi kat sini tak de awak . . saya faham awak kat sana happy sekarang kan . awak nak sangat gi sana , sekrang awak da sampai sana , mesti awak layan dunia awak kat sana kan . ok2 . tapela . saya ta tahu bila kita boleh contact sama-2 . saya rasa ada sesuatu yang pisahkan kita sampai saya ta tahu macam mana nak berhubung dgn awak . *menangis 
dah tentu-2 banyak tempat awak berjalan ,saya kat sini pulak macam patah kaki . ta tahu da na buat apa . 
24jam ingat awak . asyik pk apa yang tengah awak buat sekarang . sunyi sgt saya rasa awak . tuhan je tahu cam ne hati saya sekarang . ta tenang langsung . ade sesuatu yang pisahkan kita !!! cam ne saya na contact awak ???
awak mesti rasa saya ni ggu awak kan . awak na jln pun ta senang , na kena bagitahu saya . . saya mintak maaf . saya cuma risaukan awak , sbb tu kalau awak rasa ada masa , saya hrap awk dpt bgtahu keadaan awak skrg . 
ta tahu kat siapa saya na luah perasaan saya nie awak . . banyak benda saya pk kan . banyak benda saya risaukan . saya na awak balik cepat . saya rindukan awak sangat-2 . bukannya dekat tempat tu kan awak , jauh awak terbang tinggalkan saya kat sini . jarang pulak dapat contact dengan awak . nanti awak penat , awak na rehat , bila masa kita na contact . hari ni baru hari pertama . saya rasa lambat na tunggu 7hb . 

sekarang saya hanya mampu baca apa yang awak update je , lom dapat online sama-2 ngan awak . *menangis