Friday, November 9, 2012

Bismillah . lama betul tak update blog . tak menaip panjang2 .tak luahkan perasaan . rindu pulak nak luahkan kat blog . sebab dah lama tak macam ni . hari ni rasa nak luahkan sesuatu . terasa aku nak ubah segalanya dalam hubungan kita orang . betul2 dah malas nak cemburu lebih2 . insyaallah aku yakin dia setia dan dah buat yang terbaik untuk aku . untuk beberapa ketika ni , alhamdulillah aku dapat kawal semuanya . terima kasih ya Allah . terima kasih kerana kau kawal setiap perasaan aku . tenang sangat aku rasa . kalau datang cemburu , marah aku ambik masa skit nak ok tapi alhamdulillah semuanya tak lama . aku suka apa yang aku dah buat sekrang . aku akan kekalkan sampai bila2 . bukannya aku tak nak cemburu aku bermaksud aku tak nak sayangdia dah , tp semuanya untuk bhagia kan dia . selagi boleh kawal dan pendam , aku akan lakukan . dah hampir 2 tahun 2 bulan , sebab tu aku nak jaga hubungan ni baik2 taw . tata ^^

Saturday, July 14, 2012

puisi buat yang Tersayang

pengalaman dulu membuatkan aku takut , takut dan terus takut untuk kehilangan mu !
dalam tak sedar airmata ni menitis lagi . . 
atas kesalahan sendiri , aku tak dapat salahkan sesiapa . .
semoga semuanya pulih seperti sediakala . . 
alangkah indahnya kenangan dulu . . 
membuat aku rindu dan terus merindu . . 
sedangkan semua itu sudah pun berlalu . . 
sayang , siapa pun aku pada kau . . 
atau kau pada ku , kau tetap aku titipkan menjadi cinta terakhirku . . 
kerana hati ini , cinta ini sepenuhnya milikmu . . 
sesungguhnya tiada penggantimu dalam hati ini . . 
meskipun sepenuh hati kau bencikan aku . . 
hati ini tetap mencintaimu . . seperti saat pertama bersamamu . . 
percayalah aku ada alasan kukuh , kenapa semua ni jadi begini . . 
tapi biarkan aku simpan dalam hati , segalanya Tuhan yang tahu . . 
Aku Sangat Mencintaimu 

Cara Memujuk Perempuan Merajuk


Merajuk adalah salah satu sifat yang memang ada pada setiap wanita. Kita sebagai lelaki perlu tahu teknik dan cara yang sesuai ketika menghadapi situasi itu.

Merajuk ni bahaya ke? Kalau tak kena caranya, tak pasal-pasal putus pulak hubungan. Ada la sebab kenapa si dia merajuk tu. Mesti korang tak ingat tarikh penting dia ke, tak belikan dia hadiah apa-apa ke, cemburu ke atau saja main-main nak uji pasangan mereka sama ada pandai memujuk atau tidak.
Berikut adalah beberapa tips dan cara untuk lelaki memujuk perempuan yang sedang merajuk dan mengembalikan mood mereka agar gembira semula.

SENYUM 
Bila si dia marah dan merajuk je, korang cuba buat muka seposen ataupun senyum depan si dia. Lagi dia marah atau merajuk, korang senyum je. Senyum puas-puas sampai cecah kedua-dua telinga. Mungkin si dia tak jadi untuk merajuk lagi dengan korang sebab kesian tengok korang (dalam hati dah gila apa laki aku ni).

BUAT LAWAK
Tengok mood dulu nak berlawak, jangan nanti tak pasal-pasal tangan si dia hinggap kat muka korang. Pastikan lawak korang tu menjadi dan betul-betul kelakar. Komfem kejap je pastu mesti tergelak dengar lawak korang. Tak gelak jugak, takpe dia gelak dalam hati kot. ‘Laughter is the best medicine’.

BELI HADIAH
Beli la benda ikut kemampuan korang, si dia suka apa? Minat apa? Ada apa-apa yang si dia idamkan? Cuba belikan si dia hadiah dan buat kejutan kat dia. Mesti cair dab merajuk hilang.

HANTAR SMS/MMS/VOICE SMS
Cara ni menggunakan teknologi yang sedia ada. Agak-agak si dia macam merajuk je dengan korang, korang, hantarlah sms/mms/voice sms kat si dia. Gunakanlah ayat yang menunjukkan korang mintak maaf dengan setulus hati korang. Senang je kan? Tapi kalau duduk dekat-dekat tak payah la gatal nak guna sms gak, sebelah-sebelah je pun.

BUAT BODOH
Cara yang ni aku tak berapa nak syorkan, sebab kemungkinan akan berlaku perpisahan antara mereka yang mencuba cara ni. Tapi kalau korang nak cuba jugak, boleh je. Bila si dia merajuk dengan korang, korang buat bodoh je. Bila si dia marah, korang buat bodoh gak. Tengok reaksi dia, sama ada dia fed up dan terus ok sebab malas nak layan kerenah korang atau fed up dan terus tingglkan korang. Baru padan muka sebab tak nak pujukkan.

MERAJUK BALIK
Paling seronok, korang cuba merajuk balik bila si dia tengah merajuk dengan korang. Daripada korang kena pujuk si dia, tengok-tengok si dia pulak yang kena pujuk korang. Kalau dah sama-sama merajuk, siapa nak pujuk?

Wanita sering dikaitkan dengan unsur sensitiviti yang berkaitan dengan emosi. Mereka mudah bersikap suka marah-marah, manja tak kena tempat, suka menangis tidak tentu pasal, naik angin hingga berangin orang sekelilingnya dan senang sakit, kecil dan makan hati. Jadi kita sebagai seorang lelaki patut tahu dan jaga perasaan mereka agar tidak merajuk. Manakala wanita pula patut bertimbang rasa terhadap pasangannya. Sama-sama kita betulkan mana yang silap.

FACEBOOK TAHUN 1990AN



Bagaimana agaknya rupa Facebook jika ia wujud pada komputer di zaman tahun 90-an? Dengan design zaman dulu-dulu yang tidak secanggih zaman sekarang, video ini mungkin dapat mewakili dan merungkaikan sedikit rasa keinginan kita untuk melihat Facebook tahun '90an. Jom layan video ini:

Adira Akur Dirinya Pengkid

KUALA LUMPUR – Jika sebelum ini penyanyi kelahiran bintang Akademi Fantasia, Adira pernah didakwa menjalinkan hubungan cinta dengan seorang pengkid, kini buat julung kalinya dia menerima tawaran untuk berlakon pula dengan watak pengkid.
Adira berkata, sudah tiba masanya dia untuk berkecimpung dalam satu cabang seni lain iaitu berlakon dan penglibatannya dalam drama Tanah Kubur episod Pengkid merupakan percubaan pertamanya.
“Sebelum ini saya ada juga terima tawaran berlakon tetapi ketika itu belum bersedia untuk menceburinya.
“Tetapi kini, bila ditawarkan untuk berlakon dan memegang watak pengkid, saya terus menerimanya sekadar untuk permulaan kerjaya sebagai seorang pelakon.
“Namun, saya masih lagi dalam peringkat belajar dan saya akui banyak kekurangan ketika menjayakan drama ini,” katanya ketika menjayakan Konsert Kenangan Aku Sudirman di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, malam semalam.
Baru sahaja selesai penggambaran drama Tanah Kubur, Adira memberitahu dia tidak berhadapan dengan banyak masalah untuk membawakan peranan berkenaan kerana dia banyak belajar dengan melihat orang sekeliling.
“Nama watak saya ialah Hashim. Dia seorang pengkid yang agak kasar dan tertarik hanya kepada wanita.
“Rasanya tidak susah untuk mengkaji watak ini kerana saya boleh mendapatinya daripada filem dan laman sesawang.
“Malah, saya juga dikelilingi oleh wanita pengkid. Dari situ saya mula membuat pemerhatian dan belajar sedikit demi sedikit,” jelasnya lagi.
Biarpun akan menceburi bidang lakonan, Adira berkata nyanyian tetap menjadi keutamaannya kini.
“Saya akan terima tawaran berlakon jika tidak terlalu sibuk dengan jemputan nyanyian sahaja.
“Saya masih pentingkan nyanyian kerana ia adalah bidang kerjaya utama saya.
“Lakonan hanya sekadar satu cabang seni yang perlu saya jelajahinya dengan kadar perlahan,” tambahnya lagi.

Tuesday, July 10, 2012

Cara nak ubati kekecewaan

1. Jangan salahkan diri dan orang lain
 
Orang kata setiap perkara yang berlaku tu ada hikmahnya. Katakanlah anda pernah dikecewakan oleh seseorang , jangan sesekali salahkan diri sendiri dan menyalahkan orang lain. Bukan apa, sebab kalau anda ada fikiran macam ne lagi stress rasanya. Lebih baik duduk berfikir sebab mengapa anda dikecewakan supaya anda boleh perbaiki kelemahan diri tu.

2. Dapatkan sokongan

Bila anda dikecewakan, janganlah duk memencilkan diri tu dalam bilik sampai tak makan nasi. Cuba bergaul dengan kawan-kawan sebab time ne la sokongan daripada teman-teman rapat dan keluarga amat penting untuk ubati kekecewaan anda tu. Duduk bersendirian boleh menyebabkan anda teringat balik memori lama. Lagi la anda sedih. Bersosial dengan kawan-kawan sedikit sebanyak boleh membantu melupakan kisah sedih anda.

3. Jaga kesihatan

Ketika ne jugak la ramai yang tak jaga kesihatan sebab duk bersedih setiap masa. Buat apa anda perlu bersedih sampai memudaratkan kesihatan diri sendiri sedangkan orang yang mengecewakan anda tu bergembira? Ingat, hidup ne tak pernah sunyi dari dugaan dan masalah. Banyak bersabar dan sayang diri sendiri dengan jaga kesihatan tu. Keluar bersukan dan buat apa-apa je lah aktiviti yang menyeronokkan.

4. Tengok cerita lawak

Tidak dinafikan bahawa memang sakit hati dan sedih sangat bila dikecewakan oleh orang yang kita sayang. Sabar? Bukan semua orang boleh bersabar dengan masalah dan ujian yang dihadapi. Apatah lagi nak berlakon macam tak ada apa yang berlaku. Kalau macam tu, apa kata anda banyakkan tengok cerita lawak.Dekat You Tube pun banyak. Tak kiralah raja lawak ke or maharaja lawak ke asalkan cerita tu dapat meredakan stress anda. Jangan pegi tengok cerita romantik sudah la. Bertambah parah nanti!

5. Luahkan perasaan

Jangan biarkan perasaan sedih tu membengkak dan pecah dalam dada anda.Luahkannya kepada orang yang anda boleh percayai. Kalau anda rasa malu, cuba luahkannya dengan menulis dalam diari ke. Sekurangnya dapat jugak kurang bebanan perasaan yang anda tanggung tu.

Saturday, June 30, 2012

sedia menerima tempahan

sedia menerima tempahan untuk cenderahati , hadiah birthday , konvo dan lain-lain . juga menerima tempahan keychain . . hantar pada saya gambar kartun yang anda suka , dan boleh terus membuat tempahan . . harga bergantung pada saiz . . boleh pm pada saya di inbox fb atau ke nombor saya terus (0172392376)







Wednesday, June 20, 2012

jom cari income di facebook

hai . . anda tahu tak macam mana nak dapatkan income dari FB (facebook). . ?
saya suka cuba benda-benda ni , tambahan lagi kerjanya taklah susah pun . . hanya perlu berdaftar , dan jika dapat link affiliate anda , sharekanlah link itu pada teman-teman anda . . na berjaya kena la rajin usaha sikit ok . . 
jika link yg dah didaftar oleh rakan anda tu berjaya , rm0.25sen dapat kat anda . . sikit ??? 
ok memang agak sikit , tapi jika ramai yang berdaftar , banyaklah yang anda akan dapat . tak susah ,kena rajin  promosi link sahaja . . marilah cuba daftar PemasaranFB ni , tak memerlukan modal , malah diberi komisen lagi . . kita ni seperti menolong antara satu sama lain lah . . saya pun tengah cuba menolong anda mendapatkan INCOME ni . . ke anda berminat na kenal dengan pemiliknya terus . . owh berdaftar lah dulu, dan segalanya akan diuruskan oleh pemiliknya , jika anda musyhkil na tanya apa-2 , bertanyalah pada encik itu terus . . dia dah berjaya , saya pun nak berjaya , anda pun BOLEH !!! kalau dia boleh ,maknanya kita pun boleh , sebab tu dia jemput kita sama-sama mempromosi link PEMASARANfb nie . . (:

berminat ? daftarlah sekarang , masih banyak peluang untuk anda :)
http://www.pemasaranFB.com/hop.php?ref=nurilani

INCOME DARI FACEBOOK

MELETUP lagi !! terasa seronok buat promosi ni . . jom kehttp://www.pemasaranFB.com/hop.php?ref=nurilani untuk berdaftar menjadi agen promosi link , dan ketahuilah bagaimana saya cuba mencari income di FB . . saya dah cuba , anda jomlah turut serta . . nak tahu lebih lanjut , PM saya . terima kasih (:

Monday, June 18, 2012

mari jadi agen PemasaranFB

BisnesAffiliate.com : Buat Duit Dengan Pay Per Lead (PPL). Untuk yang baru bermula, laman web PemasaranFB.com juga menyediakan program PPL. Apa yang anda boleh lakukan adalah:

1) Daftar sebagai agen affiliate PPL melalui link dibawah (PERCUMA)
http://www.pemasaranFB.com/hop.php?ref=nurilani . kemudian pergi ke Yahoo.mail anda dan check inbox atau spam untuk sahkannya .

2) Anda akan lihat 1 link panjang beserta ID yang anda daftarkan tadi.

3) Selepas daftar, login semula ke akaun affiliate anda.

4) Promosikan link anda itu kepada rakan-rakan FB anda.

5) Jika ada rakan anda yang klik link anda itu, dan daftarkan NAMA
dan EMAIL mereka (selepas mereka sahkan pendaftaran yang dihantarkan
ke email mereka) maka anda akan mula terima komisyen RM0.25 untuk
SATU PENDAFTARAN.

6) Untuk melihat statistik komisen anda, sila login ke akaun affiliate kembali
dan klik REKOD JUALAN. 

7) Komisyen yang terkumpul di dalam akaun affiliate tersebut akan
dibayar pada setiap 15hb... :) Mudah bukan? 

Selamat buat duit PPL,
Razif Yusof 
PemasaranFB.com

Sunday, June 17, 2012

Kita Perlu Memasarkan Bisnes di Facebook! Kenapa?


Pada hari ini, buka sahaja internet pastinya perkara pertama yang akan diakses adalah akaun Facebook.

Tidak kira bila masanya, fenomena Facebook kita
telah menular di muka bumi. Namun, tidak salahnya kita sebagai usahawan menggunakan kelebihan Facebook ini bagi memasarkan bisnes
kita kepada pasaran!

Jom kita lihat, mengapa ianya perlu?


01) Ratusan Juta Pengguna Facebook

Pengguna Facebook terus meningkat dari hari
ke hari. Manakala jumlah pengguna Facebook dari Malaysia adalah di antara yang tertinggi di dunia dan Asia. Kita tidak akan mengambil kesemua jutaan pengguna itu, sebaliknya kita boleh tentukan berapa ramai yang kita mahu sasarkan.

Pengguna-pengguna Facebook ini pula biasanya akan membuka Facebook terlebih dahulu berbanding laman web yang lain. Malah tidak salah jika dikatakan, ada sebahagian pengguna Facebook tidak berminat untuk melayari mana-mana website seperti blog dan sebagainya. Mereka hanya aktif di Facebook sahaja atau paling kurang, mereka teramat kerap melayari Facebook pada setiap hari.




02. Facebook Ads

Dengan fungsi Facebook Ads berbayar yang disediakan oleh pihak Facebook, kita boleh membuat iklan yang fokus, tepat dan menumpu kepada golongan yang tertentu sahaja seperti umur, minat, tempat tinggal dan jantina. Fungsi ini tiada di mana-mana laman web pengiklanan yang lain.

Walaupun FB Ads adalah memerlukan kos (berbayar), namun dengan wujudnya beberapa panduan dan kursus berkaitan pengiklanan ini, kita boleh mengelak kerugian dan kegagalan.




03. Facebook Mobile

Semakin banyak gajet yang dilengkapkan dengan aplikasi media sosial seperti Facebook. Pihak pengeluar gajet seperti Apple, Samsung, Nokia dan banyak lagi, kini memasukkan aplikasi media sosial ke dalam produk keluaran mereka.

Daripada jumlah pengguna Facebook, sebahagian mereka mengakses Internet dengan menggunakan gajet elektronik. Bermaksud, mereka akan terus menerus online di Facebook walaupun tidak berada di rumah ataupun di pejabat (tempat bekerja).

Ini adalah satu peluang untuk usahawan dan perniagaan, di mana usaha promosi kita begitu mudah dibaca dan sampai kepada pengguna-pengguna Facebook pada bila-bila masa.




04) Facebook Bersifat Viral

Aspek viral adalah salah satu ciri yang ada pada Facebook. Apa yang seseorang buat di Facebook, ia boleh diketahui oleh rakan-rakannya yang lain. Contohnya jika seorang pengguna FB klik Like satu Page bisnes, rakan lain akan tahu mengenainya. Lantas rakan-rakannya juga akan klik Like.

Sifat viral ini juga dipanggil sebagai 'promosi dari mulut ke mulut'. Selain Facebook itu sendiri bersifat viral, pengguna-pengguna FB juga suka dan kerap berkongsi mengenai perkara yang mereka suka dan tidak. Jadi, apabila kita memaksimumkan teknik pemasaran di Facebook, mesej pemasaran kita akan menjadi semakin viral dan sampai kepada ribuan pengguna Facebook yang lain.




05) Pengguna Facebook Lebih Percayakan Rakan Mereka

Pelanggan baru amat sukar mempercayai kita, tetapi apabila rakan mereka mengatakan kita adalah usahawan yang boleh dipercayai, dari situ mereka akan mula yakin untuk membeli daripada kita. Mereka mungkin akan bertanya rakan-rakan mereka dahulu, bertanya di Group yang mereka sertai ataupun membaca tulisan rakan-rakan FB mereka.

Selain daripada itu, apabila mereka melihat rakan-rakan lain berinteraksi di Fan Page kita, ia akan menyebabkan mereka juga mahu turut serta dan ambil tahu mengenai kita.

pemasaranFb

salam semua . . tadi saya bosan-bosan . . saya terbaca satu artikal . . pasal pemasaran Fb . . ingatkan susah . . tapi kita hanya perlu promosikan linknya . . apabila kita berdaftar , kita akan diberi link affiliate kita atas nama kita . bila orang click situ dan berdaftar , kita akan dapat komisyen sebyk rm0.25 sen setiap unit makna setiap satu pendaftaran .. jika kerap kita sebarkan link tu , rmai yang bapa dan buat pendaftaran . bnyk komisyen boleh kita dapat . mari sertai saya . . ^^
http://www.pemasaranFB.com/hop.php?ref=nurilani

Tuesday, June 12, 2012

saya perlukan awak sangat saat cam nie . nak awak ada disisi saya :(

pagi ni terasa lagi semangat yang jatuh tu semakin tergolek2 dalam diri . . 
dan entah kenapa juga saya terasa nak awak ada kat sisi saya saat ni . . 
awak , saya rasa hati saya sekarang hancur . . semangat saya ta kuat bila awak tak de depan saya . . 
kalau awak ada depan saya , saya rasa seronok n happy sangat . . 
kalau saya ada masalah , ta semua benda saya citer kat awak ,tapi cukup la awak ada depan saya . . 
masaalah tu semuanya saya dapat simpan baik2 . . 
tapi bila awak ta de . masalah saya bermain2 dlm fikiran saya . . 
saya serabut sgt dengan sem ni yg banyak sangat na pakai duit . . ta tahu na mintak kat mak ayah cam ne . . takut pun ada rasanya . . 
tambah lagi perangai kawan2 awak yg macam tu . . yg lelaki ok je tgur2 saya . tapi kenapa yg perempuan mcm tu ? patut ke dieorang nak halang hubungan awak dgn saya , nak halang awak keluar dgn saya atau apa sampai buat muka mcm tu . . 
penah ke saya sebuk hal dieorang . . ?
tak pernah langsung pun . . kenapa dieorang nak mcm tu . . kecik sgt hati . . terasa diri ni mcm apa . susah nak puaskan hati orang wak . . kadang2 menangis je yg mampu saya buat untk hilngkan smua tekanan . . 
cuba awak bayangkan awak tegur kawan-2 saya , then dieorang ta bg respond n buat muka kat awak . . mesti awak rasa cam saya rasa . . tapi kawan-2 saya ta pernah buat mcm tu kan ?? tu yang saya sedih sgt . . 
lepas ni saya tak akan tegur dah kalau dieorang tak tegur saya dulu . .kalau boleh biar ta terserempak pun tak pela . . serius saya dah kecik hati sgt2 ngn kawan-2 BAIK awak tu . . kalau dieorang baik sgt n anggap awak kawan baik knp dieorang buat awek awak cam ni . . seolah2 ta suka awak couple ngn saya . . dieorang tak ada hak tahu ta . . lagipun saya bukan rampas awak dari sapa2 pun . . saya ta susahkan dieorang langsung pun bila saya couple ngan awak . . 
saya tak tahu dah cara macam mana saya nak ambik hati kawan-2 awak . . saya penat sangat awak nak jaga hati orang . . 
kalau kat rumah pun , kadang-2 pun sampai tak terjaga hati family sendiri . . bila kemas rumah pun , kalau ada yang buat sepah , mak balik keja mak ingat saya tak kemas rumah . . padahal saya kms , tapi bila mak bebel , saya ta tahu da na kata apa , kalau saya menjawab , mak ckp saya kurang ajar nanti . . mcm2 benda dah saya cuba sabar selagi boleh sabar , tapi dlm bab na jaga hati orang , saya dah ta boleh na jaga . hati saya sendiri pun da ta terjaga sekrg . . semangat saya hilang skrg awak . . 
saya rasa dah tak kuat . . kalau dapat menagis puas2 , saya rasa taknak berenti menangis pun . . 
sebab kan masalah2 ni lah saya nak sentiasa ada dengan awak . . sebab kalau awak ada , masalah tu sume saya hilangkan . . tapi bila awak ta de , awak balik dari jumpa saya , semua masalah tu dtg balik . . saya penat dengan semua ni . . 
awak ,saya mintak maaf kalau selama awak dengan saya , saya ada buat silap atau buat awak bosan . . tapi saya nak berterima kasih jugak sebab awak sudi dengar kalau saya luahkan apa2 . . saya sangat perlukan awak dalam hidup saya . . bila awak ta de , semangat saya pun hilang . . kata awak je saya dapat citer mcm2 . . saya sygkan awak sampai bila2 awak . terima aksih jugak jadi lelaki pertama yang buat saya bahagia sampai sekrg . . i love u so much !

Tuesday, May 22, 2012

aku KUAT !!

alhamdulillah , aku rasa diri aku semakin kuat sekarang . . 
walau sakit macam mana pun hati nie , aku tetap bertahan untuk tidak titiskan air mata aku . .
tetapi kdg2 , menitis juga dalam tak sedar . . sakitnya tahan menangis , Tuhan sj yang tahu . .
tetapi sebolehnya aku cuba untuk tak menangis . kalau dulu aku sakit hati , sedih , kecewa . . aku sering menangis sampai bgkak mata-mata . .
tp sekrg , aku akan kawal semua tu . .
demi sayang ni , aku abaikan segala sakitkan hati aku . .
aku perempuan , rasanya tak kuat menahan diri dari rasa sakit kat hati , rasa kecewa . . sakit sangat na tahan semua tu . .
dah memang sifat perempuan ,menangis je yg dapat melegakan , tapi belum tentu menyembuhkan luka kat hati . . 
tapi sekarang ,aku biar je hati yang sakit reda sendiri . . airmata aku tahan . . 
aku kena abaikan semua sakitkan hati ,kalau aku terlalu ikutkan perasaan , mungkin lebih teruk jadinya . . 
bila aku rasa dia ta peduli aku , abaikan aku , aku rasa cam aku ni ta penting . . tekanan aku masa tu . . 
fikirkan siapa aku kat hati dia . . na menangis saat fikrkan benda tu , tapi cepat2 aku lupakan . . 
sebab aku tak na menitiskan airmata . . 
aku memang LEMAH , tapi aku jadi kuat sebab CINTA ni !!!

Saturday, March 31, 2012

biarkan airmata nie jadi milik awak . .

awak , saat ni hati saya terasa hancur sangat awak . . 
walau pun kita sempat msg secara elok td , tapi saya macam dapat rasa awak belum betul2 maafkan saya dan saya pun belum boleh lupa apa yang jadi semalam . . 
saya tak kuat sangat time ni awak ,sebab tu saya luah kan semuanya kat sini . . 
kalau saya bagitahu dan luahkan kat awak , saya tahu awak tak layan kalau saya taip panjang2 . . :(
awak , sakit sangat hati ni rasa bila tahan airmata dari jatuh . . sakit . . . 
saya rindukan hubungan kita masa awal perkenalan kita , time tu kita bahagia kan , mungkin sebab saya belum tahu bagaimana cara nak cemburu dengan awak , saya belum rasa sayang awak . 
tapi sekrang semuanya berubah . hati saya semakin kuat sayangkan awak sehingga kuat juga cemburu saya .
sumpah demi allah saya tak pernah nak cari pasal untuk kita bergaduh , apatah lagi nak rosakkan cinta kita .
apatah lagi nak suruh awak bencikan saya . saya taak sanggup pun nak buat macam tu .
tapi awak , skrg ni hati saya seolah2 belum pulih , belum boleh nak happy macam selalu dgn awak sbb saya rasa awak masih belum maafkan saya dengan ikhlas . cara awak msg , layanan awak , saya tahu blm bersedia untuk baik dgn saya , tapi sbb awak rindu saya , awak terpksa juga contact saya kan . .
awak , saya rasa nak bahu awak je sekarang untuk saya menangis sepuas2 nya  . . saya nak awak !!
saya tengah tunggu awak online skrg , sy rindukan awak . . 
selalu bila sy kata sy takde krdit awk akan ckp take care , i love u . tp td awak balas alaaa , , i miss u . . saya balas i miss u too , awak da ta reply pape , saya dpt rasa awak mmg tak bersedia nak berbaik dgn saya lagi . . 
 saya tak tahu da macam mana nak luahkan rindu nie , sakit sgt na tanggung sorg2 , bertmbah  skit bila sy tak tahu macam mana saya nak bgtahu yg sy rindukan awak . . saya perlukan awak sangt saat ni . . . saya perlukan awak yg dulu yg akan pujuk dan tngkan saya time sy nangis dan sedih . . 
sy tahu awak , awak mgkin layak untuk rasa benci dn bosan dgn saya , sbb cmburu sy teruk sgt . awak pun dah kata awak byk sabar dgn sy . . saya perlukan awak , saya tak kuat awak tak de , , , , , , , saya tak kuat AWAK . . 

Friday, March 30, 2012

aku rindu dia Ya Allah T_T

YA ALLAH , sesungguhnya hati ini sedang menahan rindu pada dia , terlalu sakit Ya allah .
kau kuatkanlah aku menerima semua dugaan-Mu dalam hubungan ini . 
sesungguhnya aku tahu dugaan ini ada hikmah yang baik .
aku yakin dengan-Mu Ya Allah .
andai dia dapat aku miliki , akan aku jaga dia sebaik mungkin hanya kerana-Mu Ya Allah .
terima kasih atas anugerah yang indah itu . dia milik aku kah Ya Allah ?
ingin sekali aku beraada tepat dihati dia , ingin sekali aku hidup kekal bersama dia .
maafkan andainya diri ini belum dapat gembirakan dia , tetapkanlah hatiku teguh pada Kau dan dia . . T_T
cinta aku pada dia sehingga kini masih sama seperti mula2 Kau kenalkan dia dengan aku . .
walau dugaan byk menimpa , aku akan tetapkan hati aku untuk dia , selamanya Ya Allah . . . . . . .
amin Ya rabbal alamin <3

awak ingat lagi tak (---><3) yang awak bg kat saya ?
saya akan simpan dan jaga baik2 panahan hati awak tu . biar sakit , biar luka , cinta saya selamanya untuk awak . . Ahmad Zulhilmi Ibrahim .

janji saya pada awak

walau SEHEBAT dan SEBESAR mana pun DUGAAN dan RINTANGAN yang Tuhan beri dalam hubungan kita , saya akan tetap pertahankan hubungan ni , sampai akhir hayat saya ! saya janji kat awak !
saya dah tak ada sesiapa lagi lelaki yang Tuhan hadiahkan untuk saya selain awak . cinta saya milik awak sepenuhnya ! milik AHMAD ZULHILMI IBRAHIM seorang shj ! saya tak tahu knp cinta dan sayang saya semakin kuat pada awak selepas ceramah dgn ustaz Don baru-baru ni . seolah2 ade sesuatu yang buatkan saya semakin mahu untuk teruskan cinta ni dan jaga hubungan dan tingkah laku antara kita . saya tahu cemburu saya terlampau kuat sehinggakan boleh membuat antara kita gaduh . maafkan saya juga sebab saat ni saya blm mahu cntct dengan awak , tak tahu mcm mana nak mulakan . tp kalau awak tahu , saya tengah menahan rindu kat awak skrg ni sayang !! 

Wednesday, March 28, 2012

ceramah ada apa dengan cinta - Ustaz Don

tajuk ceramah td ada apa dgn cinta . lepas ustaz cerita mcm2 , then dia tanya smua , siapa yg sdang fall in love , ade yang angkt tangan dan salah seorgnya saya . lepas tu ustaz don kata , dont break up , never need break up . apa yg perlu cuma jaga perhubgn (:

apa yang aku faham dalam ceramah tadi :
CINTA ITU FITRAH  . kurniaan tuhan pada kita sejak azali lagi . bercinta boleh sebenarnya kerana Tuhan sendiri yg kurniakan kita rasa itu , andai tidak boleh , dia tidak akan kurniakan kepada hamba-hambanya . kerana Tuhan itu maha benar , dia tidak akan memberikan sesuatu yang salah .
kita yang perlu bijak menjaga cinta agar ianya tidak menjadi salah .
kadang-kadang tertanya sendiri , bagaimana nak hilangkan rasa cinta , ingin di cintai atau mencintai ,rupanya ia memang tak akan pernah hilang dalam diri setiap orang kerana itu FITRAH , lahirnya semula jadi.

"jangan rosakkan cinta suci dengan kesilapan kita sendiri"


Thursday, March 22, 2012

kenapa aku macam nie ??

dalam diam , aku terfikir .
kenapa aku jadi macam nie ?
knp aku rasa tak suka dan benci sangat bila ada lelaki yang nak dekat dengan aku . setiap kali ada lelaki tak kira  kawan lama ke baru ke , terus fikiran aku fikirkan Amy . . kenapa ??
aku rasa nak lari je dari semua lelaki , aku rasa nak Amy je dekat dengan aku selalu . . 
sebenarnya baru tadi terima pggilan dari kawan sushi king , lelaki . aku ta jwb tp aku msg tye dia siapa n suruh dia msg aku je , jgn call . aku memang terasa malas sgt nak jawab call lebih2 lagi aku tahu dia kawan lelaki . 
serius terasa pelik knp jadi mcm nie sdgkan dlu ta pernah kesah pun kwn dengan lelaki ke perempuan ke , tp skrg terasa diri mcm lain sgt . 
aku boleh je na kwn , tp mcm ta sng je hati ni .
rasa cm na jauh jauh dan jauh lg . 
andai ini yg terbaik aku lakukan , aku akan terus macam ni . 
maafkan aku kengkawan lelaki smua kalau aku dah semakin jauh dari korg . maaf sangat-2 . . 
aku sendiri ta fhm knp . 
--'

Wednesday, March 14, 2012

kerana sayangkan awak

kasih , demi cinta dan rindu ini , ku memaksa tangan menaip seberapa ayat yang bisa kau baca .
selagi mampu aku berfikir , selagi mampu aku menaip , akan aku teruskan juga . hanya untuk kamu .
demi Tuhan , kasihku . aku terlalu mencintaimu , sehingga aku abaikan segala perasaan hati ini .
akulah wanita paling bahagia didunia ini sekiranya kau faham betapa besarnya anugerah rasa cinta aku pada mu . 
bukan sengaja aku menaip , bukan sengaja aku berfikir , tapi hakikatnya datang dari hati yang paling dalam .
selalu aku bayangkan , bagaimana hidup tanpa kau disisi . 
seringkali itu juga menangis menemani aku .
rasanya tidak sanggup kehilangan anugerah terindah ini dalam hidup .
kasihku , kerana cinta ,sayang dan rindu ini milik kau , aku abaikan segala rasa sakit jika datangnya dari kau .
aku sudah bijak menjadi kekasih yang setia .
kerana tidak mahu cintamu diduakan .
kasihku , sejujurnya aku dahulunya mempunyai ramai kawan lelaki berbanding perempuan .
kawan perempuan aku hanya didalam sekolah , malahan kawan lelaki aku orang luar , mungkin dari kawasan lain .
tetapi kini segalanya berubah , aku buang mereka jauh dari hidup aku , aku padamkan segala benda yang boleh membuatkan aku ingat padac mereka , aku biarkan mereka anggap aku jahat , semata-2 demi kau dan aku tak pernah salahkan kau semua nie terjadi , malah aku bahagia dan berbangga , aku boleh menjadi kekasih yang setia pada kau .
aku bahagia sangat-sangat meskipun aku kehilangan kawan yang aku kenal dulu sebelum kau .
kerana aku tahu , kawan beribu pun tak guna .
sekarang , aku hanya berkawan dengan kawan-kawan sekolah ku dan kawan kolej . .
dan alhamdulillah , aku dapat jaga pergaulan aku dengan mereka , kerana tidak mahu hatimu terluka sayang . 
kasihku , aku amat berterima kasih kerana kau dapat gembirakan aku dan pertahankan hubungan ini .
jika ada kesempatan , aku ingin menjadi sebahagian dari hidupmu , menjadi suri dihatimu .
insyaallah .
aku akan kekalkan kau dalam hati ini , agar kau takkan pernah jauh dari aku .
maafkan andainya aku belum menjadi ang terbaik , tapi sebolehnya aku mahu mencuba .
aku berharap tidak ada insan lain yang bisa menggantikan tempat aku sekarang .
aku sedang menjadi seorang kekasih yang setia pada kau .
jangan pernah membuat aku berputus asa .
ikhlas dari aku _ kekasihmu _lanie

Friday, March 9, 2012

new call for me

sayang , i want to thank u for the new call to me that MAMA !
u know , i already fall in love again . . HAHA , macam tak masuk akal kan even kita da couple setahun 5 bulan . 
serius sayang , ta tahu kenapa hati nie berdebar-debar bila sayang msg then call me MAMA . . 
panggilan baru ni rasa macam mula-2 je bercouple ngan awak . 
wlau ta kerap sgt , mgkin sbb tu rasa berdebar je . 
macam baru hari pertama couple ngan awak . hehe . pandai awak kan buat saya jatuh cinta lagi kat awak . . malu saya rasa . . SHAME SHAME >.<
act saya na balas PAPA jugak taw , tp saya cam malu , tu kadg2 je pgl awak PAPA . . 
awak panggil la sy BI taw . baru saya ta berdebar2 sgt . . hehe I LOVE U SO MUCH oncet <3

Tuesday, March 6, 2012

emak oh emak

Mak : Tahu tak kenapa mak sayang sangat kamu?
Anak : Sebab saya anak mak kan?
Mak : Tapi ada alasan yang lebih hebat daripada itu..
Anak : Apa tu mak?
Mak : Kerana boleh jadi kamu lah penyelamat mak di kubur nanti andai malaikat sedang mahu memalu dan memukul jasad mak nanti..
Anak : Mak! Janganlah...
Mak : Jadi anak soleh ye..mak perlukan doamu di sana nak..( Mak itu lantas mengalirkan air mata cinta :)

Monday, March 5, 2012

rindu space u8 , rindu na sama-2 ngan awak

SALAM TENGAH HARI ,
tiba-tiba pulok terasa na bercerita tentang SPACE U8 . . 
rindu pulak kat MALL tu . . 
mula-2 pergi memang la ta de apa , sebab shopping mall tu baru je na dibuka . ta banyak pun kedai-2 yang ada . 
tapi MBO ada , sebab tu lah Oppa ajak lanie gi situ . . kali kedua pergi pun ta banyak kedai , cuma yang bertambah pun COOL BLOG je . ahax . . 
tempat memang bosan sikit tapi besar , best la dari CITTA MALL . . < sengal punya CITTA MALL>
heee walau tempatnya bosan , tapi seronok sebab menghabiskan bosan tu dengan Oppa . pusing-2 jugak la dalam tue . . tengok kedai-2 yang kosong . --'
AHAX!
serius rindu sangat na gi situ . ada apa lagi yang bertambah agaknya dalam tu . . ta de ke orang na sewa kedai kat situ ?? ta la bosan sgt kalau datang kali ke 3 . 

nanti na ajak Oppa pergi lagi la . tapi . . sem da na start . bila masa kiteorang boleh spent time sama-2 :(
die nanti mesti lupa lanie . . mcm2 da lanie fikir , kalau dia jadi sewa kat shah alam , comfirm dye habiskan masa dgn kawan-kawan dia yg stay situ jugak . ta de msa untuk lanie da
start kolej nie , lanie kena terima macam-2 dugaan . lanie kena bersedia dr sekrg . lanie kena bwk diri sendiri . lanie da ta stay shah alam lg . da ta de masa na sesama ngn dye lagi .
serius sedih . dr start praktikal kami sesama , skrg da na start sem , dye akan jauh dari lanie ke .
takotnya na terima dugaan macam tu . kalau lanie ta kuat , mesti lanie nangis . lanie ta na nangis laaa :(

teringat zaman sekolah di kelas bahasa melayu

assalamualaikum dan selamat pagi (:
tiba-tiba lanie teringat zaman sekolah dulu . teringat jugak kat Cikgu Azlina ,guru BM kelas lanie . . 
tengah ada topik-topik yang dia ajar , dia bercerita tentang IKHLAS . . 
haha ini sangat lawak . . 'kita kena IKHLAS macam kita berak , sebab selepas kita berak , adakah kita teringat semula T*IK yang kita da keluarkan , mesti tak kan ??' so macam tu jugak dengan IKHLAS , kita ta perlu ingat balik apa yang da kita berikan kalau kita betul-2 ikhlas ' 

eh ! apahal la cikgu nie cerita pasal T*IK pulak --'
hahaha tapi Cikgu Azlina ajar memang best , senang nak faham sebab tu sampai sekarang pun masih ingat . . 
tapi tu sebab BM , kalau MATH mmg hancus . . . !!

=> zaman dulu kala 

selagi masih ada

Synopsis:-

Kali pertama Harith bertemu Dahlia, dia pasti wanita itulah cinta sejatinya. Namun bagi Dahlia, pertama kali dia bertemu Harith, Harith merupakan seorang yang sangat menyakitkan hati. "Selagi Masih Ada" mengisahkan cinta antara mereka, bersaksikan sekeping gambar dan kemudiannya terpaut dalam nada-nada cinta yang tidak dapat diungkapkan.

Sebuah perhubungan abadi tercipta; perkahwinan berlangsung, alam rumahtangga yang penuh bahagia dilayari, diikuti dengan kehamilan Dahlia. Namun kebahagiaan mereka terhenti apabila Dahlia disahkan menghidap Alzheimer.

Serius masih terbayang-bayangkan cerita nie . hebat dan kuatnya cinta Harith pada Dahlia . Harith yang sangat cool, penyabar , pandai berlawak  . . owh sweet sgt oke !! tengah try na download cerita nie . kalau la semua lelaki macam Harith , aman dunia nie . kuatnya cinta harith , masih boleh menjaga Dahlia sebaik mungkin meskipun Dahlia sudah hilang ingatan . makan minum semua tak terabai . 
aku jadi minat pulak kat BETO KUSYAIRI . . eh baru perasaan , nama KUSYAIRI dan HARITH nama adek aku --'
cuma ade aku yang tu QUSYAIRI . . sama je beza Q ngan K je . . hehehe owh BETO KUSYAIRI , adakah diluar bidang lakonan kau se sweet itu . . I love SELAGI MASIH ADA <3

Sunday, March 4, 2012



sayang , sesungguhnya saya berasa cinta saya semakin kuat untuk awak .
dah 1 tahun 5 bulan bersama awak , saya bahagia sangat .
terima kasih yea awak untuk segala pengorbanan awak selama ni .
saya nak bahagia bersama awak .
saya nak yang terbaik dari awak .
kasih sayang saya pada awak dari dulu sampai sekarang ta pernah berubah .
terima kasih untuk segalanya .
dear Ahmad Zulhilmi ,
andai suatu ketika nanti Allah pisahkan kita didunia , saya berharap agar kita akan jumpa di akhirat nanti .
walau macam mana pun cara kita terpisah , saya akan usaha untuk dapatkan awak semula . demi tuhan saya terlalu cintakan awak . saya dah tak berharap ada orang lain lagi selain awak . saya akan simpan cinta awak baik-baik . saya akan jaga sebaik mungkin . 
sayang , jangan pernah awak tinggal atau lepaskan cinta saya macam tu aja . saya nak awak hargai saya . ta ada apa lagi saya saya minta , saya cuma na awak faham dan hargai diri saya . sekarang , saya terlalu bersyukur sebab tuhan hadirkan awak dalam hidup dan hati saya . awak terlampau baik . awak lelaki pertama yang buat saya rasa dihargai . saya tak sanggup hilang lelaki mcm awak .
sayang , maafkan saya selama kita couple , saya ada banyak buat salah dengan awak . sama ada awak tahu atau pun tidak . maafkan semua kesilapan saya selama nie . saya hargai sangat kebaikan awak pada saya . pengorbanan awak nak gembirakan saya , besar sangat . saya hargainya awak . 
terima kasih banyak-banyak .
 awak . saya berharap sangat jodoh kita panjang . kalau ta sempat didunia , kita jumpa diakhirat nanti . INSYAALLAH . 
saya tak akan lepaskan cinta awak , sampai bila-bila pun . awak milik saya . I love u sayang . 

Friday, March 2, 2012

rindu awak

awak , sumpah saya rindukan awak sangat-2 . . saya sunyi kat sini tak de awak . . saya faham awak kat sana happy sekarang kan . awak nak sangat gi sana , sekrang awak da sampai sana , mesti awak layan dunia awak kat sana kan . ok2 . tapela . saya ta tahu bila kita boleh contact sama-2 . saya rasa ada sesuatu yang pisahkan kita sampai saya ta tahu macam mana nak berhubung dgn awak . *menangis 
dah tentu-2 banyak tempat awak berjalan ,saya kat sini pulak macam patah kaki . ta tahu da na buat apa . 
24jam ingat awak . asyik pk apa yang tengah awak buat sekarang . sunyi sgt saya rasa awak . tuhan je tahu cam ne hati saya sekarang . ta tenang langsung . ade sesuatu yang pisahkan kita !!! cam ne saya na contact awak ???
awak mesti rasa saya ni ggu awak kan . awak na jln pun ta senang , na kena bagitahu saya . . saya mintak maaf . saya cuma risaukan awak , sbb tu kalau awak rasa ada masa , saya hrap awk dpt bgtahu keadaan awak skrg . 
ta tahu kat siapa saya na luah perasaan saya nie awak . . banyak benda saya pk kan . banyak benda saya risaukan . saya na awak balik cepat . saya rindukan awak sangat-2 . bukannya dekat tempat tu kan awak , jauh awak terbang tinggalkan saya kat sini . jarang pulak dapat contact dengan awak . nanti awak penat , awak na rehat , bila masa kita na contact . hari ni baru hari pertama . saya rasa lambat na tunggu 7hb . 

sekarang saya hanya mampu baca apa yang awak update je , lom dapat online sama-2 ngan awak . *menangis

Tuesday, February 7, 2012

takot hilang awak tahu tak !

awak , bi mintak maaf ye sayang . .serius bi ada sebab kenapa kadang2 bi takot ada perempuan na dekat ngan sayang . bukan bi marah tapi ada sedikit rasa cemburu dan takot kehilangan sayang . . bi takot ada orang ambik sayang dari bi . . 
awak , bi mintak maaf sangat bi suka buat kita gadoh . bi pun ta tahu kenapa . tapi sayang marah bi merajuk . . sayang ta suka kan . okay , walau bi merajuk , bi ambik masa untuk kikis perasaan merajuk bi tu , sedaya upaya bi happykan hati bi semula . . untuk gembirakan sayang . . 
tak nak sayang tinggalkan bi . . 
sayang , bi geram la kalau ada perempuan yang 24 jam na like status sayang , tp bila bi add dia , dia ta approve . . apa maknanya sayang . . huh macam saja na sakitkan hati bi . . kalau ta na sakitkan hati bi , approve je la . 
tapi ta pelah , yang penting sayang milik bi . . allah hadiah kan sayang untuk bi , bi na jaga sayang baik2 . bi takot hilang sayang . maafkan bi sebab mungkin sikap bi yang terlampau takot hilang sayang nie buat sayang ta selesa dengan bi . . sayang tahu ta knp bi takt sgt hilang sayang . . sebab sayang lelaki pertama yang hargai kasih sayang bi . . kalau hilang syang , ada lagi ke orang nak hargai kasih syg bi ??? 
syg , bi harap sgt cinta sayang kat bi ta pernah padam . . bi harap jugak walau apa pun dugaan untuk kita , kita dapat kawal dgn sebaiknya hubungan kita nie . demi Tuhan bi ta sanggup hilang sayang . . bi takot kalau orang curi hati sayang dari bi . . 
sayang , maafkan bi jugak kadang2 bi ta percaya kan sayang , bukan nya apa . . cuma setiap kali bi na percaya , seolah2 ada benda yang hasut bi utnuk fikir negatif , bi mengmbil masa yang lama untuk fikir positif . . sekarang nie da ta macam dulu . . dulu saling percaya pun da boleh bahagia . . skrg nie sbb terlalu percaya lah buah hati tu boleh main kayu tiga , sbb dia tahu kekasih dia percaya dia . kan3 ..  bi harap sayng ta curang dgn bi  yea . . bi ta tahulah cm ne perasaan bi kalau tahu syg curg , , huhu . . sayang , kdg2 bila ingat sayang , bi teirngat jugak msg yang syang hantr , syg bagi tahu bi nama2 org yg pernah sayang minat . OMG , sakit kot hati bi rasa . . tapi tu ta pe lagi . . ni ada ke patot masa kita gi jejaln kat tasik shah alam tu , sayang bgtahu bi yang sayang ada minat kat perempuan tu , then sayang jumpa ngn dia kat tasik tu , lepak ngn dia la apa . owh thanz sbb bgtahu tp tahu apa yang bi fikir . bi rasa cam walau sayang da couple ngn bi , tp dia seolah2 masih dlm ingatan sayang . walau pun sayang tengah keluar ngn bi time tu , tapi syang tereingat dia . . sakit hati bi tapi bi pendam je . sbb kita tgh date kan time tu . . 
tapi semua pun dah berlalu , biarkan lah . . bi harap, bi je buah hati sayang . . harap ta de orang kedua ye sayang . . kalau sayang tak nak tgk hidup bi kucar kacir , jgn lah pernah kecewa kan bi . . 
bila bi bayangkan bi akan hilang sayang , bi akan menangis , inikan pulak kalau betul terjadi . . ta tahu cam ne hidup bi nanti . . 
 ILOVE YOU

Wednesday, February 1, 2012

saya rindu awak

awak , saya minta maaf sebab saya da niat ta na message ngn awak sepanjang awak di JB dan Singapore . saya ta na ganggu awak bercuti ngan family awak . lagipun saya takot awak dapat contact saya kejap2 je . . so lebih baik saya tunggu je awak balik rumah awak semula . 
Tuhan je tahu saya betul2 rindukan awak saat nie . ta benti fikirkan awak . saya sunyi sangat . saya rasa na menangis . saya ta tahu na buat apa kat rumah nie . saya na kuar tapi ta tahu na gi mana sesorg . serius sejak along and harith balik tempat blajar dieorg , saya bosan sgt . saya ta tahu na borak ngan sapa . na borak ngan nyek , apa je yang saya na borakkan . huuu sunyi sgt . . mak da la gi keja . mak balik ptg baru rasa na kuar bilik . . 
sekarang awak pulak holiday , 3 hari lama taw bg saya kalau ta contact awak , tp saya tetap akan tahan dari contact ngn awak . maafkan saya . T_T

Wednesday, January 25, 2012

sebulan dah berlalu :)

selamat malam :)
hee sangat lame rasanya lanie ta menaip di blog kesayangan nie . .
act lanie sgt busy skrg . . bukan busy apapun cuma kerja je . . pegi bagi balik malam . . so ta sempat nak on9 selalu cam hari-2 yang cuti panjang . .
berbalik bada entry kali ni cuma na cerita pasal kerja . da sebulan kerja partime di SUSHI KING . . hari-hari yang busy kat situ buatkan masa terlampau cepat berlalu . . tapi lanie pilih untuk berenti hujung bulan nie sebb bulan dua nak ke Johor . . insyaallah , then balik dari johor nak berehat sblm masuk stdy balik . . 
hee ta sabar na cuti lelame . rasa da terlampau penat berkerja . . ta tahan lah badan nie .

Sushi King pun akan tutup tak lama lagi dan akan buka kedai baru under SUSHI KIN SDN.BHD . .