Friday, November 9, 2012

Bismillah . lama betul tak update blog . tak menaip panjang2 .tak luahkan perasaan . rindu pulak nak luahkan kat blog . sebab dah lama tak macam ni . hari ni rasa nak luahkan sesuatu . terasa aku nak ubah segalanya dalam hubungan kita orang . betul2 dah malas nak cemburu lebih2 . insyaallah aku yakin dia setia dan dah buat yang terbaik untuk aku . untuk beberapa ketika ni , alhamdulillah aku dapat kawal semuanya . terima kasih ya Allah . terima kasih kerana kau kawal setiap perasaan aku . tenang sangat aku rasa . kalau datang cemburu , marah aku ambik masa skit nak ok tapi alhamdulillah semuanya tak lama . aku suka apa yang aku dah buat sekrang . aku akan kekalkan sampai bila2 . bukannya aku tak nak cemburu aku bermaksud aku tak nak sayangdia dah , tp semuanya untuk bhagia kan dia . selagi boleh kawal dan pendam , aku akan lakukan . dah hampir 2 tahun 2 bulan , sebab tu aku nak jaga hubungan ni baik2 taw . tata ^^

Saturday, July 14, 2012

puisi buat yang Tersayang

pengalaman dulu membuatkan aku takut , takut dan terus takut untuk kehilangan mu !
dalam tak sedar airmata ni menitis lagi . . 
atas kesalahan sendiri , aku tak dapat salahkan sesiapa . .
semoga semuanya pulih seperti sediakala . . 
alangkah indahnya kenangan dulu . . 
membuat aku rindu dan terus merindu . . 
sedangkan semua itu sudah pun berlalu . . 
sayang , siapa pun aku pada kau . . 
atau kau pada ku , kau tetap aku titipkan menjadi cinta terakhirku . . 
kerana hati ini , cinta ini sepenuhnya milikmu . . 
sesungguhnya tiada penggantimu dalam hati ini . . 
meskipun sepenuh hati kau bencikan aku . . 
hati ini tetap mencintaimu . . seperti saat pertama bersamamu . . 
percayalah aku ada alasan kukuh , kenapa semua ni jadi begini . . 
tapi biarkan aku simpan dalam hati , segalanya Tuhan yang tahu . . 
Aku Sangat Mencintaimu 

Cara Memujuk Perempuan Merajuk


Merajuk adalah salah satu sifat yang memang ada pada setiap wanita. Kita sebagai lelaki perlu tahu teknik dan cara yang sesuai ketika menghadapi situasi itu.

Merajuk ni bahaya ke? Kalau tak kena caranya, tak pasal-pasal putus pulak hubungan. Ada la sebab kenapa si dia merajuk tu. Mesti korang tak ingat tarikh penting dia ke, tak belikan dia hadiah apa-apa ke, cemburu ke atau saja main-main nak uji pasangan mereka sama ada pandai memujuk atau tidak.
Berikut adalah beberapa tips dan cara untuk lelaki memujuk perempuan yang sedang merajuk dan mengembalikan mood mereka agar gembira semula.

SENYUM 
Bila si dia marah dan merajuk je, korang cuba buat muka seposen ataupun senyum depan si dia. Lagi dia marah atau merajuk, korang senyum je. Senyum puas-puas sampai cecah kedua-dua telinga. Mungkin si dia tak jadi untuk merajuk lagi dengan korang sebab kesian tengok korang (dalam hati dah gila apa laki aku ni).

BUAT LAWAK
Tengok mood dulu nak berlawak, jangan nanti tak pasal-pasal tangan si dia hinggap kat muka korang. Pastikan lawak korang tu menjadi dan betul-betul kelakar. Komfem kejap je pastu mesti tergelak dengar lawak korang. Tak gelak jugak, takpe dia gelak dalam hati kot. ‘Laughter is the best medicine’.

BELI HADIAH
Beli la benda ikut kemampuan korang, si dia suka apa? Minat apa? Ada apa-apa yang si dia idamkan? Cuba belikan si dia hadiah dan buat kejutan kat dia. Mesti cair dab merajuk hilang.

HANTAR SMS/MMS/VOICE SMS
Cara ni menggunakan teknologi yang sedia ada. Agak-agak si dia macam merajuk je dengan korang, korang, hantarlah sms/mms/voice sms kat si dia. Gunakanlah ayat yang menunjukkan korang mintak maaf dengan setulus hati korang. Senang je kan? Tapi kalau duduk dekat-dekat tak payah la gatal nak guna sms gak, sebelah-sebelah je pun.

BUAT BODOH
Cara yang ni aku tak berapa nak syorkan, sebab kemungkinan akan berlaku perpisahan antara mereka yang mencuba cara ni. Tapi kalau korang nak cuba jugak, boleh je. Bila si dia merajuk dengan korang, korang buat bodoh je. Bila si dia marah, korang buat bodoh gak. Tengok reaksi dia, sama ada dia fed up dan terus ok sebab malas nak layan kerenah korang atau fed up dan terus tingglkan korang. Baru padan muka sebab tak nak pujukkan.

MERAJUK BALIK
Paling seronok, korang cuba merajuk balik bila si dia tengah merajuk dengan korang. Daripada korang kena pujuk si dia, tengok-tengok si dia pulak yang kena pujuk korang. Kalau dah sama-sama merajuk, siapa nak pujuk?

Wanita sering dikaitkan dengan unsur sensitiviti yang berkaitan dengan emosi. Mereka mudah bersikap suka marah-marah, manja tak kena tempat, suka menangis tidak tentu pasal, naik angin hingga berangin orang sekelilingnya dan senang sakit, kecil dan makan hati. Jadi kita sebagai seorang lelaki patut tahu dan jaga perasaan mereka agar tidak merajuk. Manakala wanita pula patut bertimbang rasa terhadap pasangannya. Sama-sama kita betulkan mana yang silap.

FACEBOOK TAHUN 1990AN



Bagaimana agaknya rupa Facebook jika ia wujud pada komputer di zaman tahun 90-an? Dengan design zaman dulu-dulu yang tidak secanggih zaman sekarang, video ini mungkin dapat mewakili dan merungkaikan sedikit rasa keinginan kita untuk melihat Facebook tahun '90an. Jom layan video ini:

Adira Akur Dirinya Pengkid

KUALA LUMPUR – Jika sebelum ini penyanyi kelahiran bintang Akademi Fantasia, Adira pernah didakwa menjalinkan hubungan cinta dengan seorang pengkid, kini buat julung kalinya dia menerima tawaran untuk berlakon pula dengan watak pengkid.
Adira berkata, sudah tiba masanya dia untuk berkecimpung dalam satu cabang seni lain iaitu berlakon dan penglibatannya dalam drama Tanah Kubur episod Pengkid merupakan percubaan pertamanya.
“Sebelum ini saya ada juga terima tawaran berlakon tetapi ketika itu belum bersedia untuk menceburinya.
“Tetapi kini, bila ditawarkan untuk berlakon dan memegang watak pengkid, saya terus menerimanya sekadar untuk permulaan kerjaya sebagai seorang pelakon.
“Namun, saya masih lagi dalam peringkat belajar dan saya akui banyak kekurangan ketika menjayakan drama ini,” katanya ketika menjayakan Konsert Kenangan Aku Sudirman di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, malam semalam.
Baru sahaja selesai penggambaran drama Tanah Kubur, Adira memberitahu dia tidak berhadapan dengan banyak masalah untuk membawakan peranan berkenaan kerana dia banyak belajar dengan melihat orang sekeliling.
“Nama watak saya ialah Hashim. Dia seorang pengkid yang agak kasar dan tertarik hanya kepada wanita.
“Rasanya tidak susah untuk mengkaji watak ini kerana saya boleh mendapatinya daripada filem dan laman sesawang.
“Malah, saya juga dikelilingi oleh wanita pengkid. Dari situ saya mula membuat pemerhatian dan belajar sedikit demi sedikit,” jelasnya lagi.
Biarpun akan menceburi bidang lakonan, Adira berkata nyanyian tetap menjadi keutamaannya kini.
“Saya akan terima tawaran berlakon jika tidak terlalu sibuk dengan jemputan nyanyian sahaja.
“Saya masih pentingkan nyanyian kerana ia adalah bidang kerjaya utama saya.
“Lakonan hanya sekadar satu cabang seni yang perlu saya jelajahinya dengan kadar perlahan,” tambahnya lagi.