mulut cakap senang la ,tapi hati na terima susah tahu !
kehidupan tidak selalunya indah . masa yang silih berganti dalam kehidupan itu adalah petunjuk ke masa yang akan datang . dengan segala petunjuk itu , kita dapat melukiskan sebuah kehidupan baru yang akan tiba . cerita dan kisah pula tidak pernah lari dari kehidupan kita didunia ini . kerana setiap yg hidup , pasti ada masalah yg tersendiri . samaada ianya boleh dikongsi atau tidak , terpulang kepada hak masing-masing :)
Saturday, December 17, 2011
Saturday, December 10, 2011
jam tangan saya putus . .
SAYA DAN JAM TANGAN MEMANG TA DAPAT DIPISAHKAN ..
jam tangan putus , serius sedih sgt rasanya . .
dari form 2 lagi lanie memang suka sgt pakai jam ,
tapi bila jam putus , ta de stok terbaru lagi . .
ta tahu la cam ne nanti kalau kuar ta pakai jam , rasa janggal gila . .
kalau na hilangkan sikit rasa janggal tu , kena pakai baju lengan panjang . . kalau tidak rasa cm bogel pun ada . .
hmm nampaknya na kena dapatkan jam baru secepat mungkin . .
biar ta rasa kekok nty na kuar g memana . .
skrg nie pk esok na keja , jam tangan da putus . . dan mak ada kat KL skrg , kuar beli barang . . kirim kat dia belikan apa2 jam yg sesuai yg lanie . . esok na pakai g keja . .
hmmm I NEED jam baru la ^^
awak , jujur saya kata saya ta tahu sedalam mana sayang awak pada saya . . mungkin berkurangan , mungkin berlebihan , saya pun ta tahu . .
sbb saya tahu saya banyak buat salah kat awak . . saya masih belum jadi yang terbaik tp saya akan cuba . .
saya ada awak je . . Tuhan berikan awak untuk isi ruang kat hati saya , sbb tu sebolehnya saya biarkan awak selamanya yang saya cinta . .
awak , kadang-2 saya dapat rasa awak na ta nak layan saya . .
sbb tu jugak saya kadang2 buat perangai , ta na msg la , ape la . . sbb saya malas na ggu awak . .
saya rasa cam saya ni menyusahkan hari-2 awak . . ganggu hidup awak . .
lepas tu saya sendiri yg sedih . .
so kadang2 saya ambik keputusan , biarlah saya ta msg awk , padahal time tu hati saya memberontak na sgt msg dgn awk . .
awak , kadang2 saya sedih n menangis sendiri , bila saya na msg ngn awak , awk layan saya na ta na je , bila saya geram , saya kata ta payah la msg saya , awk pun ta msg la sy . . padahal saya na uji je sejauh mana awak faham perasaan saya yg sentiasa beriya2 na dekat dgn awk selalu . . tapi awk ta pernah faham . .
jadi sekarang , biarlah saya sendiri , saya msg ke tak ke kat awk . . awk ta payah la tggu dan berharap sgt , sbb saya ta na awk jadi cam saya yg sentiasa berharap na bersama awk selalu
sampai menangis2 tahan rase sakit kat hati . .
na dilepas , ta tahu pd sape . . sy tahu awk ta kan pernah sedih pasal sy mcm sy sedih sbb awk , mungkin ke selama nie saya bertepuk sebelah tangan je mengharap awk syg saya mcm saya sygkan awk :'(
jauh mana jarak kita , kalau ade jodoh pasti dekat jua . . SALAM :'(
Thursday, November 24, 2011
rindu kawan-kawan saya :)
selamat malam semua . .
da start cuti nie , macam-2 pulak rasanya . .
tiba-2 terasa rindu pulak kat kawan-kawan kolej . .
cuti yg panjang nie mungkin berhubung di FB je . .
mereka semua pun nak cari kerja lah kot . .
isi masa lapang sebelum study semula bulan 3 tahun depan . .
heeee lame lah ta jumpa dieorang nanti . . RINDU sgt . .
Wednesday, November 23, 2011
seronok + happy + ta tahu nak kata apa
assalamualaikum semua :)
act da start cuti lanie sekrang , so hari tue ada pergi interview kat secret secipe Subang Perdana . .
dia minta untuk dtg 3hb 12 nie . so lanie ok jelah . . tinggal nak beli baju & kasut hitam . .
kasut hitam yang guna masa keja sushi hari tu da hilang
*MESTI MAK TERBUANG NIE >.<
oklah berbalik kepada citer yang sebenar , td akak secret recipe call ,
dye tanya bila boleh start keja , lanie cakap mungkin ahad la sebab esok(jumaat) da nak balik johor . .
then dia kata akan call balik . .
ta smpai sejam dye call lagi ,
dye mintak masuk ptg nie , OMG . . !
kasut ngn baju saya tak de lagi lah akak . . huhu
then lanie kata ahad lanie akan start . .
heee sian la , mereka semua memerlukan pekerja skrg . .
tp maaf lanie ta boleh hari nie . .
ayat akhir akak tu kata " kita perlukan pekerja sgt , tapi ta pelah , nanti kita call lagi , JANGAN cari kerja lain taw" .. hehe dia kata cm tu lah .
TAPI . .
hmmm ta de ape-2 lah .
lanie harap da start keja nanti , lanie ta de problem ngn manager atau pekerja situ . .
lagipun da tanya CHEF WANIE , mentor kelas lanie . .
dye kata akan start daftar semula masuk study mungkin 12/3/2012 atau lebih kurg pertengahan bulan 3 tue lah , so skrg CUTI . .
dengar dari mulut dia sendiri , lanie bertambah yakin untuk bekerja , ta la fikir sangat pasal bila na kena daftar untuk masuk study semula .. YEAH !!
SECRET RECIPE , wait me ok . . I WILL COME THERE :)
Tuesday, November 22, 2011
EPUL ke tu ??
selamat pagi :)
semalam gi kolej sbb ada presentation kan . .
adalah satu sudut di kolej tu ternampak seorang mamat nie . .
muka da sama sgt pun dengan Epul Saifullah , mamat kolej yang pernah lanie kawan dulu , tp lost contact sbb time praktikal tue busy sgt . . ta de masa na calling2 pun . .
then smlm mamat tue sama sgt2 @ SEBIJIK cm Epul , tp ta yakin betul ke tak . .
HAHA muka member sendiri pun boleh ta ingat . .
kepada Epul "aku mintak maaf sgt aku lupa muka ko cam ne" . . :)
someone like you lah pulak
hello ^^
act lanie sgt suka lah ubah macam2 kat blog lanie nie . .
jadi lagu pun berubah2 la jugak kan :)
kali nie saje nak letak SOMEONE LIKE YOU . .
suka pulak lagu nie bila asyik dengar DEAR nyanyi bila drive . .
mood : rindu + happy
rindu . . nak nangis la . .
ASSALAMUALAIKUM !!
bercerita sikit tentang RINDU nie , lanie sgt SURE lah kan lanie akan rindukan DEAR lepas nie . .
ALHAMDULILLAH , presentation da habis . .
akan sambung study semula bulan 3/2012 . .
lepas nie cuma na keja je , insyaallah . .
dan da tentu-tentu sgt akan jarang jumpe DEAR . .
lanie harap sgt kitaorang ta stop contact antara kiteorang . . huuuu :(
bila da rasa macam nie , jauhnya rasa NILAI dgn SUBANG . .
mcm MALAYSIA dgn INDONESIA pulak :P
oklah , na berPESAN pada DEAR
>> saya harap awak ta lupa na hubungi saya selalu
>> saya na awak tahu saya ta pernah berhenti rindukan awak
>> maaf kalau saya jadi kerja , saya jarang msg awak
>> haaaa ! ONE MORE THING , thanks GAMBAR yg awak bagi saya tadi ^^
Sunday, November 20, 2011
good luck !
Ahmad Zulhilmi Ibrahim . . semoga berjaya oke ^^
saya gila2 la risaukan awak saat nie . SUMPAH ta tipu . .
da puas tarik nafas dalam-dalam . .
ta senang hati la saya nie . .
lapar la . . ta makan pape lagi . .
risau . .
awak
awak , jam kat tangan saya da pukul 1 tgh hari n lebih2 sikit da nie . .
awak da start present ke belom ? da habis ke belom . .
maaf saya ta balas msg awak . . sebab awak marah saya tadi . .
ta pela . . saya cuma ta dapat lupakan awak nie . .
terbayang cam ne keadaan awak saat nie . .
esok saya pulak . .
hmm . . awak , saya sedeh la awak marah saya . . na nangis sgt nie . .
tapi sabar je :(
good luck awak . . . . . . . .
Saturday, November 19, 2011
saya sayangkan awak sangat
awak , maaf sgt kalau semakin hari semakin kuat rasa cemburu saya nie . .
semakin hari semakin kuat pulak saya touching ngan awak . .
baru semalam saya sedar dalam beberapa hari nie saya banyak merajuk dgn awak . .
tp awak tetap sabar dengan saya . .
kenapa awak ?
kuat nya kesabaran awak kat saya nie kan ..
terima kasih sangat awak . .
awak , maaf sebab saya marah bila ada perempuan yang like status awak , lebih2 lagi perempuan tu saya langsung tak kenal . .
tiba2 je dia like semua status awak . .
sebenarnya sakit la hati saya , sebelum saya kapel dengan awak , bila awak suka kat pompuan ke , minat ke , pompuan-2 tue ta na pun suka atau minat awak , tp bila saya da dapat awak , ade pompuan na dekat la , nak rapat la dgn awak . . mestilah sakit hati saya . . awak da jadi saya punya , baru dieorg sebok2 na dekat2 . . mana boleh . . hmmm . .
tapi awak ta layan dieorang kan ? alhamdulillah . .
saya sayang sgt kat awak . .
saya tahu awak sayangkan saya jugak ,
tp kadang-2 hati saya takot u=bila terfikir kalau ada orang nak rampas awak dari saya , tue la saya tanya awak ada gurl lain ke . . awak tahukan saya ta sanggup kehilangan awak . .
terlampau bermakna awak dalam hidup saya . . awak lah antara hadiah yang terindah dlm hidup saya . .
saya nak jaga awak sebaik mungkin ..
ta sanggup kalu ada yang rampas hadiah saya nie . .
tunggu la kalau awak da ta suka sy , atau saya da tade kat dunia nie , baru la saya lepas awak kat orang lain . . tu pun kalau saya sanggup , hakikatnya saya mmg ta sanggup . .
i realy love you .. <3
Thursday, November 17, 2011
kepada semua kawan-kawan saya
salam korang , if korang kawan-kawan aku ada terbaca apa yang aku post kan nie ,tak kira lah kawan sekolah rendh ke , menengah ke, kolej ke . .
aku mintak maaf awal-2 . .
aku cuma nak korang tahu , walau sebesar mana pun kebaikan yang korang bagi pada aku , yang korang buat kat aku , aku ucapkan terima kasih banyak-2 . tp satu benda aku nak korang tahu , aku tak kan pernah percayakan korang . .
oleh kerana satu sikap kawan yg dulu aku percaya , tp akhirnya sikap dia tak macam yg aku sangka , so buat aku lebih berhati-2 sekarg . . aku tak pernah percaya kata-2 kawan aku . . aku tak pernah pun nak dalami sama-2 apa yg kawan aku rasakan . . sbb setiap manusia ada perasaan masing2 . . kalau dgn mulut dia , dia boleh ckp mcm2 , tp hati dia . . aku tak tahu . ikhlas ke dia . . betul ke niat baik dia . . semua tu aku fikir . . semua nie sbb pernah ada sorg kawan aku yg suka bercerita buruk pasal kawan dia sndiri , sdgkan bila dgn kawan dia tue , dye melayan je semua cerita ,semua mslh , then belakang , kutuk2 . . so aku tak nak la kalau benda cam ni jadi kat aku . dan aku takot nak berkongsi rahsia atau mslh ngn korg . .
kawan macam nie serius tak rapat or kongsi masalah pun tak pe . . daripada cerita kecik jadi besar . daripada happy jd sakit hati , so baik aku berkawan biasa-2 je . .
susah sangat nak cari kawan yg boleh bersama kita dgn betul2 ikhlas . .
yang ade cuma tahu cakap belakang je , yang ada cuma tahu nak rampas kebahagian kita je , semuanya tak menyenangkan . tp aku bersyukur pada kwan-2 yg baik dgn aku . . cuma korang yang perangai tak berapa nak baik , sorry to say lah , aku benci org perangai cam korang nie . muka cantik perangai cam *e**s*t . .
Wednesday, November 9, 2011
10 petanda dia jodoh kita
firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Sunday, November 6, 2011
maafkan saya sebab saya bukan sengaja halang awak kawan dengan sesiapa .
selalu pun kadang-2 ada jugak saya larang tapi lasly saya boleh terima jugak . . tapi
kali nie sy betul2 tak bagi . .
saya cuma nak awak tahu siapa orang yang sentiasa nak sakitkan hati saya .
saya benci semua nie awak .
saya tak suka orang yang saya anggap kawan cuba nak sakitkan hati saya .
kalau tak ade dia pun saya boleh hidup la .
i really love you . . T_T
pernah awak tengok saya sakitkan hati dia dengan ganggu hubungan dia ngan pakwe dia ??
mula-2 saya boleh nak maafkan dia , tapi semakin hari makin menjadi .
saya rasa saya tak boleh nak anggap dia lebih dari kawan .
dan tak tahulah nak anggap apa lagi selain tue .
sakit wak hati saya kalau kawan saya sendiri cuba nak halang kebahagiaan sy .
saya bukan nak anggap dye yang jahat-2 , tp cara dye dari awal dulu saya perasan .
dan now saya ta boleh na saba lagi .
sakit sangat saya rasa . . .. .. . . .
tolong jgn buat aku menangis la sial !
ya allah , aku tak pernah langsung kacau hubungan sesiapa . .
tak pernah pun ganggu pakwe orang . .
kenapa perempuan tue macam ta senang je dgn hubungan aku . .
ayat nak THE BEST je kat pakwe aku . .
ta beragak la nak bertake care ngn pakwe aku bagai . .
kau da ade KESAYANGAN kau tue cukup lah . .
babi lah pompuan nie .
ta payah na tunjuk baik kau tu kalau depan aku . JELEK oke !!!
sial !!
lirik lagu untuk Putih
CERITA UNTUK PUTIH
saya ada sekor kawan nama dia Putih . .
dia suka gurau-gurau dengan saya ,
tapi . . saya tidak kisah . .
hari-hari Putih suka makan Frieskies . .
bila Putih makan nampak Putih comel sangat . .
saya . . saya jadi geram . .
DENGARKANLAH . . DENGARKANLAH . . DENGARKANLAH . . Putih . .
bila Putih besar saya mahu Putih cerdik . .
bila Putih cerdik nanti semua sayang
Putih . . Putih comel sangat . .
Putih tak de kuarga tapi Putih ada kawan . .
kakak , abang , emak , ayah lah kawan Putih . .
jangan , Putih sedih-sedih . .
ini lagu untuk Putih khas dari kakak . .
nanti Putih dengar pasti Putih suka . .
bila . . kakak nyanyi saja . .
DENGARKANLAH . . DENGARKANLAH . . DENGARKANLAH . . Putih
:::)))
Friday, November 4, 2011
Thursday, November 3, 2011
ya Allah , mengapa semakin kuat cinta aku pada dia ,
makin kuat juga dugaan engkau pada aku .
apakah tanda semua ini ya Allah .
sungguh ta semua dugaan Engkau aku dapat terima .
kadang-2 aku sendiri ta pernah pasti adakah aku sanggup untuk lalui .
ya Allah , dekatkanlah hati aku pada dia .
sesungguhnya sebaik-2 ketetapan adalah ketetapan dari-Mu . .
bukakanlah pintu hati kedua ibubapa kami untuk merestui cinta kami ,
kerana aku tahu Engkau meredakan segalanya jika ibubapa kami meredakannya :)
ya Allah , aku tahu kau tahu bagaimana dalamnya cinta aku pada dia(ahmad zulhilmi ibrahim),
terima kasih atas kurniaan insan sebaik dia untuk aku .
walau aku tahu diri aku ta layak untuk insan sebaik dia .
aku bersyukur kerana dia bersama aku sekarang , bukan orang lain walau mungkin ramai lagi orang lain yang baik dan sesuai untuknya .
tetapi kau beri dia untuk diri aku , hati aku dan kerana itu aku akan sedaya upaya jaga hubungan nie , jaga amanah yang kau berikan . aku tak kan pernah cuba untuk tinggalkan dia sendirian dengan kejam , tanpa perasaan kerana aku juga tahu aku ta sanggup untuk kehilangan dia . apapun yang terjadi pd hubungan kami , aku harap Engkau permudahkan segalanya .
Amin :)
Wednesday, November 2, 2011
Tuesday, November 1, 2011
maaf taw awak
awak , niat sy na sgt follow awak gi kolej . .
lgpun sy na jugak gi account ambik resit-2 bayaran . .
hmm . .
sy boleh gi kolej sendiri , tp takot lambat sgt jumpe awak kat sane nanty . . nanty awak kena tunggu sy lame pulak . . lgpun sy ta bajet time lg naik bas dr subang ke shah alam bape jam . . tue na awak ambik sy kat rumah . . tapiiiii . . ta pela . . sy ta sadap badan . . lgpun da byk susahkan awak gi hantar ambik sy selalu . .
ntah kenapa berat hati na bgtahu ta jadi ikot awak . . mungkin sebab niat na ikot tue ada . .
tp ta jadi pulak . .
maaf sebab banyak susahkan awak . . maaf !!!
Sunday, October 30, 2011
setia itu PENTING
Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita?
Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.
Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih.
Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…
Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan…
Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan…
Wednesday, October 26, 2011
tiada alasan mengapa saya mencintai awak
awak , saya minta maaf sebab saya ta pernah ada jawapan yang kukuh bila awak tanya kenapa saya suka awak , kenapa saya cinta awak , kenapa saya sayang awak . .
saya ta pernah cuba bagi jawapan pada awak kan . . tergagap saya na balas soalan awak . .
saya ta tahu kenapa saya ta ada jawapannya .
saya sayangkan awak dan kenapa saya sayangkan awak ??
maaf tiada jawapan untuk itu tetapi hati saya benar2 ikhlas sayangkan awak . .
saya ta pernah simpan alasan kenapa saya cintakan awak dan maaf kalau saya salah jika menyintai awak . .
but i LOVE you so much . . !
saya ta pernah simpan alasan kenapa saya cintakan awak dan maaf kalau saya salah jika menyintai awak . .
but i LOVE you so much . . !
Saturday, October 22, 2011
sajanakmenaip
yeah ! terulang lagi hari yg paling membosankan . .
bila keja , na cuti . . bila da cuti ,bosan pulak . .
mmg ta tahu na buat ape kat PD nie kalau hari2 cuti macam nie . . kalau kat subang , ta terasa sgt bosannya . .
alhamdulillah tgl beberapa hari je lagi untuk menghabiskan sisa-2 hidup di PD nie . .
ta sabar na stay subang semula . . dekat dgn kuarga . . kan best !
OKE na cerita lain pulak . . dua hari lepas, lanie terjaga dari tido lebih kurg pukul 2.30 pg . .
dpt mimpi yg ta menyenangkan lanie . .
cepat2 ambik wuduk n solat . . ta berhenti menangis . .
rasanya da lame sgt ta dpt mimpi mcm tue . . dulu boleh dikatakan kerap sgt . .
mimpi benda-2 yg berkaitan dgn bumi nie . .
ta tahu apa petanda atau sebab musabab dr mimpi-2 nie . .
kalau dulu kerap mimpi tgk kalimah allah kat langit . . kerap kali mimpi tentang kiamat . . banjir besar , api dtg sambar . .
tp dua hari lepas lanie mimpi ternampak wajah syaitan kat awan , sgt buruk , lame kelamaan wajah tu turun dan bertukar jadi wajah2 yg tgh senyum . . lanie pgl mak lanie tgk dgn lanie , time tue lanie rasa dunia nie da ta lame, lanie mintak ampun dekat mak sebelum apa-2 jadi , tiba-2 terjaga dr tido . . tue yg teruk wuduk n solat . . ta fikir lain da . . hanya mak dan keluarga je yg difikir . .
serius sgt rindukan mak . .
bila berjauhan , baru lanie sedar , hidup jauh dr family sgt-2 teruk rasanya . .
tak ada yg seronok lgsung . .
lanie pun bukan budak-2 yg jenis melepak sgt , tue yg terasa sunyi bila tade dekat ngn family . .
eh , cerita pasal lain pulak la . .
tadi siang lanie pergi majlis sanding abang jojo n kak nora . . abang n kaka ipar Amy . .
akhirnya jumpa jugak ngn family Amy . .
terasa bedebar jugaklah . . na tercabut jantung nie . .
then jumpa ngn member Amy . . Faizal, ahkill n siapa ntah lagi sorg . . heee mereka perangai yg gila2 . . ^^
wink . . wink . ^^
oke lah nanty sambung menaip lagi . . salam
Friday, October 21, 2011
Saturday, October 15, 2011
Sunday, October 9, 2011
Lirik lagu ni KHAS untuk awak je Amy
TAK KAN PERNAH ADA
dia memang hanya dia
ku selalu memikirkannya
tak pernah ada habisnya
benar dia , benar hanya dia
ku selalu menginginkannya
belaian dari tangannya
mungkin hanya dia
harta yang paling terindah
di perjalanan hidupku
sejak derap denyut nadiku
mungkin hanya dia
indahnya sangat berbeda
ku haus merindukannya
ku ingin kau tahu isi hati ku
kau lah yang terakhir dalam hidupku
tak ada yang lain hanya kamu
tak pernah ada
takkan pernah ada
saya sayang Ahmad Zulhilmi saya
awak , tinggal beberapa minggu saja lagi kita na habiskan praktikal kita nie .
nanty ntah bila lagi kita na jalan-2 kat PD nie . ntah bila lagi kita dapat lepak same-2 tepi pantai .
saya rindu la semua tue . byk kenangan kat PD nie dgn awak .
huuu dulu selalu je gado dengan awak , sbb awak jarang na lepak ngan saya .
tp sekarg selalu kan kita lepak sesame . . hehe . .
awak maafkan saya taw sebab kadang-2 selalu sgt buat awak marah dgn saya .
mungkin benda yang patot awak marah saya , tp saya yg marah awak dulu . .
hehe saya takot awak marah saya , saya marah la awak dulu .
baruu beeeestt :)
hehe . .
awak , saya na jage hbungan kita nie bebaik laa . .
SEBAIK MUNGKIN ..
ngeeee ..
nanti kalau da start sem baru ,agak-2 awak dapat ta kita selalu kuar same-2 ??
mungkin tak kan ?
jadual yang halang kita nanty :(
mesti time tue saya akan teringat balik kenangan kita kat sini . .
selalu same-2 . . kerja same-2 . .
rinduuuu ;)
oklah awak , saya na pesan nie . awak jangan nakal-2 taw kalau jauh ngan saya . .
heee kalau saya tahu , siap la awak . .
saya cucuk perot awak sampai meletop . . !!
Saturday, October 8, 2011
Bf : Kita main satu game nak tak ?
Gf : Game apa ?
Bf : Mcam ni , esok awak tak paya contact saya . Mksudnya tak paya text call or apa apa yng berkaitan lah . Saya pun buat mcam tuu dkat awak okay ? Kita tgok spea menang .
Gf : Okay !
... Esoknya , si Gf terpksa lah than rindu dkat Bf . Mengenangkan yng ni satu permintaan , si Gf cuba kuatkan hati .
Keesokkan harinya , si Gf call si Bf . Tapi tak dijwab . So si Gf pegi dkat ruma Bf dia . Di luar ruma ,rmai orng . Dia mula rasa pelik then trus msok ke ruma . Sekujur tubuh terbaring kaku di tnga ruma . Dan tubuh tuu adalah jasad si Bf yng dah meninggal . Mak si Bf pun bagi surat dkat GF .
Surat yng bertulis :
'Sayang , smlam awak dpat hdup sehari tnpa saya . Saya pasti esok dan seterusnya pasti awak dpat hdup bhagia tnpa saya . Love you ♥ '
SAYA TAK MUNGKIN BOLEH HIDUP TANPA AWAK !
Subscribe to:
Posts (Atom)