Thursday, November 24, 2011

rindu kawan-kawan saya :)

selamat malam semua . . 
da start cuti nie , macam-2 pulak rasanya . . 
tiba-2 terasa rindu pulak kat kawan-kawan kolej . . 
cuti yg panjang nie mungkin berhubung di FB je . . 
mereka semua pun nak cari kerja lah kot . .
isi masa lapang sebelum study semula bulan 3 tahun depan . . 
heeee lame lah ta jumpa dieorang nanti . . RINDU sgt . . 

Wednesday, November 23, 2011

seronok + happy + ta tahu nak kata apa

assalamualaikum semua :)
act da start cuti lanie sekrang , so hari tue ada pergi interview kat secret secipe Subang Perdana . .
dia minta untuk dtg 3hb 12 nie . so lanie ok jelah . . tinggal nak beli baju & kasut hitam . . 
kasut hitam yang guna masa keja sushi hari tu da hilang
*MESTI MAK TERBUANG NIE >.<
oklah berbalik kepada citer yang sebenar , td akak secret recipe call , 
dye tanya bila boleh start keja , lanie cakap mungkin ahad la sebab esok(jumaat) da nak balik johor . . 
then dia kata akan call balik . . 
ta smpai sejam dye call lagi , 
dye mintak masuk ptg nie , OMG . . !
kasut ngn baju saya tak de lagi lah akak . . huhu 
then lanie kata ahad lanie akan start . . 
heee sian la , mereka semua memerlukan pekerja skrg  . . 
tp maaf lanie ta boleh hari nie . . 
ayat akhir akak tu kata " kita perlukan pekerja sgt , tapi ta pelah , nanti kita call lagi , JANGAN cari kerja lain taw" ..  hehe dia kata cm tu lah . 
TAPI . . 
hmmm ta de ape-2 lah .
lanie harap da start keja nanti , lanie ta de problem ngn manager atau pekerja situ . . 
lagipun da tanya CHEF WANIE , mentor kelas lanie . . 
dye kata akan start daftar semula masuk study mungkin 12/3/2012 atau lebih kurg pertengahan bulan 3 tue lah , so skrg CUTI . . 
dengar dari mulut dia sendiri , lanie bertambah yakin untuk bekerja , ta la fikir sangat pasal bila na kena daftar untuk masuk study semula .. YEAH !!
SECRET RECIPE , wait me ok . . I WILL COME THERE :)

Tuesday, November 22, 2011

EPUL ke tu ??

selamat pagi :)
semalam gi kolej sbb ada presentation kan . . 
adalah satu sudut di kolej tu ternampak seorang mamat nie . .
muka da sama sgt pun dengan Epul Saifullah , mamat kolej yang pernah lanie kawan dulu , tp lost contact sbb time praktikal tue busy sgt . . ta de masa na calling2 pun . .
then smlm mamat tue sama sgt2 @ SEBIJIK cm Epul , tp ta yakin betul ke tak . . 
HAHA muka member sendiri pun boleh ta ingat . . 

kepada Epul "aku mintak maaf sgt aku lupa muka ko cam ne" . . :)

someone like you lah pulak

hello ^^
act lanie sgt suka lah ubah macam2 kat blog lanie nie . . 
jadi lagu pun berubah2 la jugak kan :)
kali nie saje nak letak SOMEONE LIKE YOU . . 
suka pulak lagu nie bila asyik dengar DEAR nyanyi bila drive . .

mood : rindu + happy

rindu . . nak nangis la . .

ASSALAMUALAIKUM !!
bercerita sikit tentang RINDU nie , lanie sgt SURE lah kan lanie akan rindukan DEAR lepas nie . . 
ALHAMDULILLAH , presentation da habis . . 
akan sambung study semula bulan 3/2012 . . 
lepas nie cuma na keja je , insyaallah . . 
dan da tentu-tentu sgt akan jarang jumpe DEAR . . 
lanie harap sgt kitaorang ta stop contact antara kiteorang . . huuuu :(
bila da rasa macam nie , jauhnya rasa NILAI dgn SUBANG . .
mcm MALAYSIA dgn INDONESIA pulak :P

oklah , na berPESAN pada DEAR 
>> saya harap awak ta lupa na hubungi saya selalu
>> saya na awak tahu saya ta pernah berhenti rindukan awak
>> maaf kalau saya jadi kerja , saya jarang msg awak
>> haaaa ! ONE MORE THING , thanks GAMBAR yg awak bagi saya tadi ^^

Sunday, November 20, 2011

SEBAKNYA RASA
YA ALLAH , KUATKAN AKU ;')

good luck !


Ahmad Zulhilmi Ibrahim . . semoga berjaya oke ^^
saya gila2 la risaukan awak saat nie . SUMPAH ta tipu . . 
da puas tarik nafas dalam-dalam . . 
ta senang hati la saya nie . . 
lapar la . . ta makan pape lagi . . 
risau  . . 

awak

awak , jam kat tangan saya da pukul 1 tgh hari n lebih2 sikit da nie . . 
awak da start present ke belom ? da habis ke belom . . 
maaf saya ta balas msg awak . . sebab awak marah saya tadi . . 
ta pela . . saya cuma ta dapat lupakan awak nie . . 
terbayang cam ne keadaan awak saat nie . .
esok saya pulak . . 
hmm . . awak , saya sedeh la awak marah saya . . na nangis sgt nie . . 
tapi sabar je :(
good luck awak . . . . . . . . 

Saturday, November 19, 2011

saya sayangkan awak sangat

awak , maaf sgt kalau semakin hari semakin kuat rasa cemburu saya nie . . 
semakin hari semakin kuat pulak saya touching ngan awak . . 
baru semalam saya sedar dalam beberapa hari nie saya banyak merajuk dgn awak . . 
tp awak tetap sabar dengan saya . . 
kenapa awak ? 
kuat nya kesabaran awak kat saya nie kan .. 
terima kasih sangat awak . . 
awak , maaf sebab saya marah bila ada perempuan yang like status awak , lebih2 lagi perempuan tu saya langsung tak kenal . . 
tiba2 je dia like semua status awak . . 
sebenarnya sakit la hati saya , sebelum saya kapel dengan awak , bila awak suka kat pompuan ke , minat ke , pompuan-2 tue ta na pun suka atau minat awak , tp bila saya da dapat awak , ade pompuan na dekat la , nak rapat la dgn awak . . mestilah sakit hati saya . . awak da jadi saya punya , baru dieorg sebok2 na dekat2 . . mana boleh . . hmmm . . 
tapi awak ta layan dieorang kan ? alhamdulillah . . 
saya sayang sgt kat awak . . 
saya tahu awak sayangkan saya jugak , 
tp kadang-2 hati saya takot u=bila terfikir kalau ada orang nak rampas awak dari saya , tue la saya tanya awak ada gurl lain ke . . awak tahukan saya ta sanggup kehilangan awak . . 
terlampau bermakna awak dalam hidup saya . . awak lah antara hadiah yang terindah dlm hidup saya . . 
saya nak jaga awak sebaik mungkin .. 
ta sanggup kalu ada yang rampas hadiah saya nie . . 
tunggu la kalau awak da ta suka sy , atau saya da tade kat dunia nie , baru la saya lepas awak kat orang lain . . tu pun kalau saya sanggup , hakikatnya saya mmg ta sanggup . . 
i realy love you  ..  <3
Tuhan-Ku ,
andai ini cinta terakhir untukku 
biarkanlah ia abadi selamanya dalam hidupku .
andai ianya bukan untukku ,
biarkanlah cinta dia menjadi kenangan yang teragung dalam hatiku 
selamanya .

Thursday, November 17, 2011

kepada semua kawan-kawan saya

salam korang , if korang kawan-kawan aku ada terbaca apa yang aku post kan nie ,tak kira lah kawan sekolah rendh ke , menengah ke, kolej ke . . 
aku mintak maaf awal-2 . . 
aku cuma nak korang tahu , walau sebesar mana pun kebaikan yang korang bagi pada aku , yang korang buat kat aku , aku ucapkan terima kasih banyak-2 . tp satu benda aku nak korang tahu , aku tak kan pernah percayakan korang . . 
oleh kerana satu sikap kawan yg dulu aku percaya , tp akhirnya sikap dia tak macam yg aku sangka , so buat aku lebih berhati-2 sekarg . . aku tak pernah percaya kata-2 kawan aku . . aku tak pernah pun nak dalami sama-2 apa yg kawan aku rasakan . . sbb setiap manusia ada perasaan masing2 . . kalau dgn mulut dia , dia boleh ckp mcm2 , tp hati dia . . aku tak tahu . ikhlas ke dia . . betul ke niat baik dia . . semua tu aku fikir . .  semua nie sbb pernah ada sorg kawan aku yg suka bercerita buruk pasal kawan dia sndiri , sdgkan bila dgn kawan dia tue , dye melayan je semua cerita ,semua mslh , then belakang , kutuk2 . . so aku tak nak la kalau benda cam ni jadi kat aku . dan aku takot nak berkongsi rahsia atau mslh ngn korg . . 
kawan macam nie serius tak rapat or kongsi masalah pun tak pe . . daripada cerita kecik jadi besar . daripada happy jd sakit hati , so baik aku berkawan biasa-2 je . . 
susah sangat nak cari kawan yg boleh bersama kita dgn betul2 ikhlas . . 
yang ade cuma tahu cakap belakang je , yang ada cuma tahu nak rampas kebahagian kita je , semuanya tak menyenangkan . tp aku bersyukur pada kwan-2 yg baik dgn aku . . cuma korang yang perangai tak berapa nak baik , sorry to say lah , aku benci org perangai cam korang nie . muka cantik perangai cam *e**s*t . . 

Wednesday, November 9, 2011

10 petanda dia jodoh kita

firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Sunday, November 6, 2011

maafkan saya sebab saya bukan sengaja halang awak kawan dengan sesiapa . 
selalu pun kadang-2 ada jugak saya larang tapi lasly saya boleh terima jugak . . tapi
kali nie sy betul2 tak bagi . . 
saya cuma nak awak tahu siapa orang yang sentiasa nak sakitkan hati saya . 
saya benci semua nie awak .
saya tak suka orang yang saya anggap kawan cuba nak sakitkan hati saya . 
kalau tak ade dia pun saya boleh hidup la . 
i really love you . . T_T
pernah awak tengok saya sakitkan hati dia dengan ganggu hubungan dia ngan pakwe dia ??
mula-2 saya boleh nak maafkan dia , tapi semakin hari makin menjadi . 
saya rasa saya tak boleh nak anggap dia lebih dari kawan . 
dan tak tahulah nak anggap apa lagi selain tue . 
sakit wak hati saya kalau kawan saya sendiri cuba nak halang kebahagiaan sy . 
saya bukan nak anggap dye yang jahat-2 , tp cara dye dari awal dulu saya perasan .
dan now saya ta boleh na saba lagi . 
sakit sangat saya rasa . . ..  .. . . .


tolong jgn buat aku menangis la sial !

ya allah , aku tak pernah langsung kacau hubungan sesiapa . . 
tak pernah pun ganggu pakwe orang . .
kenapa perempuan tue macam ta senang je dgn hubungan aku . . 
ayat nak THE BEST je kat pakwe aku . . 
ta beragak la nak bertake care ngn pakwe aku bagai . . 
kau da ade KESAYANGAN kau tue cukup lah . . 
babi lah pompuan nie . 
ta payah na tunjuk baik kau tu kalau depan aku . JELEK oke !!!

sial !!

lirik lagu untuk Putih


CERITA UNTUK PUTIH

saya ada sekor kawan nama dia Putih . . 
dia suka gurau-gurau dengan saya ,
tapi . . saya tidak kisah . . 
hari-hari Putih suka makan Frieskies . . 
bila Putih makan nampak Putih comel sangat . . 
saya . . saya jadi geram . . 
DENGARKANLAH . . DENGARKANLAH . . DENGARKANLAH . . Putih . . 

bila Putih besar saya mahu Putih cerdik . . 
bila Putih cerdik nanti semua sayang 
Putih . . Putih comel sangat . . 
Putih tak de kuarga tapi Putih ada kawan . . 
kakak , abang , emak , ayah lah kawan Putih . . 
jangan , Putih sedih-sedih . . 

ini lagu untuk Putih khas dari kakak . . 
nanti Putih dengar pasti Putih suka . . 
bila . . kakak nyanyi saja . . 
DENGARKANLAH . . DENGARKANLAH . . DENGARKANLAH . . Putih 

:::)))

I do not like what I see and read earlier. I feel very resentful of it all. thanks for everything :(

Friday, November 4, 2011

Thursday, November 3, 2011

ya Allah , mengapa semakin kuat cinta aku pada dia ,
makin kuat juga dugaan engkau pada aku . 
apakah tanda semua ini ya Allah . 
sungguh ta semua dugaan Engkau aku dapat terima .
kadang-2 aku sendiri ta pernah pasti adakah aku sanggup untuk lalui .
ya Allah , dekatkanlah hati aku pada dia . 
sesungguhnya sebaik-2 ketetapan adalah ketetapan dari-Mu . . 
bukakanlah pintu hati kedua ibubapa kami untuk merestui cinta kami ,
kerana aku tahu Engkau meredakan segalanya jika ibubapa kami meredakannya :)

ya Allah , aku tahu kau tahu bagaimana dalamnya cinta aku pada dia(ahmad zulhilmi ibrahim),
terima kasih atas kurniaan insan sebaik dia untuk aku .
walau aku tahu diri aku ta layak untuk insan sebaik dia .
aku bersyukur kerana dia bersama aku sekarang , bukan orang lain walau mungkin ramai lagi orang lain yang baik dan sesuai untuknya .
tetapi kau beri dia untuk diri aku , hati aku dan kerana itu aku akan sedaya upaya jaga hubungan nie , jaga amanah yang kau berikan . aku tak kan pernah cuba untuk tinggalkan dia sendirian dengan kejam , tanpa perasaan kerana aku juga tahu aku ta sanggup untuk kehilangan dia . apapun yang terjadi pd hubungan kami , aku harap Engkau permudahkan segalanya . 

Amin :)

I hate you

kalau 
kau 
tak 
macam 
TUE ,
aku 
tak kan 
macam 
NIE !
buat 
je 
saya 
macam 
tak 
PENTING :)

Wednesday, November 2, 2011

abang dan adik





Mengisahkan kisah seorang adik yg selalu tulis surat kat abang dia..Dan dia xtau pon abg dia balas surat tu….hmmm..;(

Aku ada abg..Dah lama berpisah..Tapi aku selalu utus surat kat die yg kat kampong..Satu pon x berbalas..

2 Tahun lepas..Aku menikah tanpa izin abang..Sebab puas aku cari tapi x jumpa dia..Sepanj…ang perkahwinan aku..Aku x tenang..

Cuti sekolah yang lepas..Aku ajak suami aku balik kampong..Aku nak bersihkan rumah pusaka makl dan ayah.. Semasa membersih rumah using tu..Aku tersapu surat yang aku kirimkanpada abangku 2 tahun yang lalu..Sebelum aku menikah…suratnya macam ni..

“Khas buat abangku,

Abg, ko ingat lagi x..

Mak ngan ayah meninggal mase aku Darjah 5..ko plak Tingkatan 5.., Masa tu diorang eksiden sebab nak beli kek befday aku sebab aku baling semua perhiasan kat umah kite, sampai mak terpaksa pegi beli ngan ayah..Tapi aku hairan mase tu, ada satu bekas kaca yg aku pecahkan..tbe2 banyak air keluar..Tapi ko cepat2 lap lantai umah kite..Tapi aku x amik kisah pon sal hal tu..

Sebelum pegi, diorang cium kita berdua. Diorang cakap

“ Abg, ko jaga adik. Jangan bagi nangis. Kalo mak dah xde, ko jangan tinggal die. Ingat sket mak ngan ayah ko ni..Jangan sesekali biar die sorang-sorang “

Ko ingat x..

Sebelum diorang pegi beli kek, ko balik dari sekolah, ko belikan aku pengikat rambut warna biru, sebab ko ske warna biru kan..Tapi aku campak kat longkang belakang umah kite, Sebab aku suke warna pink. Lepas kejadian tu..ko x penah ucap bufday kat aku lagi..Sampai sekarang..

Abg, ko ingat x..

Kita hidup 2 orang je lepas tu, ko x sekolah lagi..Ko pegi mana pon aku xtau..Tapi malam malam baru ko balik dan xpernah cakap ngan aku, Ingat tak, aku masak untuk ko, Tapi ko xmakan pon..Last2 pagi esok aku nampak ayam2 yg makan.Ko x penah ucap terima kasih kat aku.

Abg, ko ingat x..

Pernah sekali aku mintak duit nak pegi sekolah, Tapi time tu ko tengah tido..Aku amik Dua riggit dalam poket jeans ko..Masa balik sekolah, ko lempang aku sampai mulut aku darah. Tapi ko x pujuk aku balik pon..Tapi keesokannya,nasib baik luka tu dah elok..

Abg, ko ingat x..

Semasa umur aku 18 tahun..ko hantar aku kat Kuala Lumpur, umah Pak Long..ko cakap ko ada hal..Tapi sampai sekarang ko x datang amik aku..Berpuluh surat aku titipkan bersama airmata aku pada kau..Kenapa tiada sebarang balasan..Kenapa abg??

Sekarang umur aku dah mencecah 26 tahun, dan umur ko dah pon 32 tahun, aku sudah pon disunting orang..Ketika hajat untuk menikah aku sampaikan surat lagi pada engkau..Kenapa kau diam je? Kenapa ko x cakap apa2? Aku perlu izinmu sebagai wali aku..

Abg,

Jika kau dapat surat ni..Katakanlah pada aku..Ada apa sebenarnya yg sedang berlaku..

Salam sayang,

Adik.”

Aku mula terasa yg teringin nak selongkar rumah pusaka ni…Yelah.. Nak balik jarang sangat..

Masa aku buka balik almari aku yang buruk yang dah kena makan anai2..Tibe ada satu kotak besar jatuh and banyak kotak2 kecik serta sampul2 surat..

Dan tiba2 aku terpandang satu surat yang cantik sangat…dan aku buka…

“Assalamualaikum..

Kehadapan adikku yang jauh di mata ..

Maafkan abg kerana tidak membalas satu pon surat yang engkau kirimkan..Kerana aku tidak berdaya sayang..

Aku masih ingat detik kemalangan mak dan ayah kita..Iye, kau pecahkan perhiasan rumah..Tahukah kau salah satu perhiasan di situ adalah hadiah untukmu?? Mesti kau tidak perasan..Yang pecah itu adalah sebuah balang ikan emas yg telah aku, ayah dan mak belikan untuk kau..Tahukah kau ayah masih berhutang dengan apek yg jual ikan tu di pekan..

Adikku sayang..

Aku tau kau tak suka warna biru..Tapi aku beli pengikat rambut itu untuk kau..Supaya kau akan ingatkan aku sentiasa bila kau pakai pengikat rambut itu..Walaupon kau dah campakkan pengikat rambaut tu..Aku dah ambil balik, dan basuh..dan telah aku letakkan dalam sebuah kotak kecil di rumah kita..Nanti kau ambil ya..

Adikku sayang..

Jangan lah kau bersedih kerana aku sudah tidak ucapkan lagi tanggal hari jadi mu..Kau pon sudah lupa ya..Pada tarikh itulah kedua orang tua kita meninggal..Aku tak sanggup melihat tangisan engkau bila aku ucapkannya..Aku harap kau mengerti..

Adikku sayang..

Tahukah kau kenapa aku hanya balik bila malam saja..Kerana aku bekerja di pekan..Mengangkat guni2 untuk letak dalam lori..Untuk menyara engkau..Untuk membeli buku sekolah engkau, makan kau, baju-baju engkau dan semua persiapan kau..Kerana masa itu,..Kau sangat terkenal dengan kecantikan kau, Ramai yg memuji..Aku harus sediakan perhiasan untuk kau..Supaya kau tidak rasa malu..Aku tidak pulang siang hari kerana aku takut jika engkau dicerca kerana abangmu yg kelihatan seperti pengemis ini..

Adikku sayang,

siapa cakap yg aku tidak menjamah masakan kau..Aku akan makan masakan itu sebelum subuh..Sebab aku perlukan tenaga untuk siang hari, dan aku makan semasa engkau tidur..Supaya jari-jarimu tidak tercedera dan kasar semasa basuh pinggan dan matamu tidak bengkak kerana menemani aku makan..

Adikku sayang,

aku malu untuk ucapkan terima kasih..Kerana engkau banyak berkorban untukku..Kau menyediakan makanku dan segalanya..Adakah ucapan itu cukup untuk membayar semuanya?? Jika aku ucapkan terima kasih..Biarlah aku ucapkan di akhir hayatku..Kerana terima kasihku untukmu adalah ntuk semua yg kau lakukan semasa hidupku..

Adikku sayang,

Maafkan aku kerana aku memukulmu..Tahukah kau mencuri dan mengambil barang tanpa kebenaran adalah berdosa? Aku tidak sanggup untuk mengherdik kau lalu aku putuskan untuk memberi pengajaran yg akan kau ingat sampai bila-bila..Betulkan..selepas kejadian itu..Kau sudah tidak mengambil barang orang lain sesuka hati kan?? Itu tandanya perbuatanku tidak sia sia kerana aku dapat mendidikmu..Dan tahukah kau aku berhempas pulas menyapu minyak dibibirmu pada malam itu ketika kau tidur?Aku keluar mencari pucuk jambu batu dan menggilingnya sehingga batu lesung itu turut menggiling tangan aku..Sakit yang amat sangat..Tapi aku tetap teruskan dan Alhamdulillah..aku Berjaya mencuci kesan minyak dan ubat itu sebelum kau bangun..Aku tidak mau bengkak itu mencacatkan wajahmu yang cantik itu..

Adikku sayang..

Maafkan aku kerana terpaksa memisahkan kau dari aku, sebenarnya..aku menghantar kau kerana aku jatuh sakit ketika itu..Mungkin kerana ketika aku bekerja kontrak di tempat pembinaan menyebabkan aku sangat terdedah pada debu dan simen..Aku terjatuh semasa kerja dan dikejarkan ke hospital..Doktor mengesahkan aku menghidapi barah peparu dimana badan ku tidak berupaya untuk memikul barang yg berat, serta pernafasan aku sudah tak selancar dulu..Patutlah aku selalu batuk batuk, sesak nafas dan pandanganku yg makin kabur..Aku terpaksa dirawat dihospital walaupon doktor menjangkakan aku xkan bertahan lama..

Sayangku..

Aku titipkan surat ni di rumah pusaka, ketika ini aku di hospital..Jika suatu hari nanti engkau pulang ke rumah kita..Bacalah semua surat2 dan bukalah semua hadiah yg aku belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dahulu..Dan maafkan aku jika tidak dapat sediakan hadiah untukmu pada tahun ini..

Adikku sayang..

Mungkin tika kau membaca surat ini..Aku sudah pon tiada..Jangan kau bersedih..Di sini ada beberapa perkara yang ingin aku katakan..

Untuk menyapu rumah kita ketika aku pulang dengan pakaian dan kotor serta debu, TERIMA KASIH.

Untuk mengelap setiap barang yg aku sentuh supaya sentiasa bersih dan tiada kuman, TERIMA KASIH.

Untuk membasuh pakaianku yg busuk dengan peluh ku, TERIMA KASIH.

Untuk melemparkan senyuman dan salaman ketika aku pulang dr kerja, TERIMA KASIH.

Untuk memasak lauk kegemaranku yg kau sangka aku tidak suka, TERIMA KASIH.

Untuk mengingatiku dan menulis surat yg tidak bisa aku balas, TERIMA KASIH.

Untuk menjadi adik yang sangat aku sayangi, TERIMA KASIH.

Untuk segalanya yang kita tempuhi, suka mahupon duka, TERIMA KASIH.

Adikku sayang..

sekiranya engkau disunting seseorang..Biarkan pakcik kita menjadi walimu..Kerana aku mungkin sudah tiada..

Bahagiakanlah dirimu..Kerana itu yg aku mahukan..Jagalah suamimu dan jangan kau ingkarinya..

Salam sayang sedalam-dalamnya,

Abang.”

Di rumah pusaka itu..Aku termenung bersama jernihan airmata yg mengalir..Lantas..Aku buka satu persatu hadiah yang dikatakan..

Semuanya berwarna pink..Dan semuanya di tulis nama aku dengan tulisan yg sangat indah..Ya Allah…Aku meraung sambil menatap hadiah itu..

Ya Allah..dimanakah dapat ku cari insan semulia abangku

Tuesday, November 1, 2011

maaf taw awak

awak , niat sy na sgt follow awak gi kolej . . 
lgpun sy na jugak gi account ambik resit-2 bayaran . . 
hmm . . 
sy boleh gi kolej sendiri , tp takot lambat sgt jumpe awak kat sane nanty . . nanty awak kena tunggu sy lame pulak . . lgpun sy ta bajet time lg naik bas dr subang ke shah alam bape jam . . tue na awak ambik sy kat rumah . . tapiiiii . . ta pela . . sy ta sadap badan . . lgpun da byk susahkan awak gi hantar ambik sy selalu . . 
ntah kenapa berat hati na bgtahu ta jadi ikot awak . . mungkin sebab niat na ikot tue ada . . 
tp ta jadi pulak . .
maaf sebab banyak susahkan awak . . maaf !!!