Wednesday, March 14, 2012

kerana sayangkan awak

kasih , demi cinta dan rindu ini , ku memaksa tangan menaip seberapa ayat yang bisa kau baca .
selagi mampu aku berfikir , selagi mampu aku menaip , akan aku teruskan juga . hanya untuk kamu .
demi Tuhan , kasihku . aku terlalu mencintaimu , sehingga aku abaikan segala perasaan hati ini .
akulah wanita paling bahagia didunia ini sekiranya kau faham betapa besarnya anugerah rasa cinta aku pada mu . 
bukan sengaja aku menaip , bukan sengaja aku berfikir , tapi hakikatnya datang dari hati yang paling dalam .
selalu aku bayangkan , bagaimana hidup tanpa kau disisi . 
seringkali itu juga menangis menemani aku .
rasanya tidak sanggup kehilangan anugerah terindah ini dalam hidup .
kasihku , kerana cinta ,sayang dan rindu ini milik kau , aku abaikan segala rasa sakit jika datangnya dari kau .
aku sudah bijak menjadi kekasih yang setia .
kerana tidak mahu cintamu diduakan .
kasihku , sejujurnya aku dahulunya mempunyai ramai kawan lelaki berbanding perempuan .
kawan perempuan aku hanya didalam sekolah , malahan kawan lelaki aku orang luar , mungkin dari kawasan lain .
tetapi kini segalanya berubah , aku buang mereka jauh dari hidup aku , aku padamkan segala benda yang boleh membuatkan aku ingat padac mereka , aku biarkan mereka anggap aku jahat , semata-2 demi kau dan aku tak pernah salahkan kau semua nie terjadi , malah aku bahagia dan berbangga , aku boleh menjadi kekasih yang setia pada kau .
aku bahagia sangat-sangat meskipun aku kehilangan kawan yang aku kenal dulu sebelum kau .
kerana aku tahu , kawan beribu pun tak guna .
sekarang , aku hanya berkawan dengan kawan-kawan sekolah ku dan kawan kolej . .
dan alhamdulillah , aku dapat jaga pergaulan aku dengan mereka , kerana tidak mahu hatimu terluka sayang . 
kasihku , aku amat berterima kasih kerana kau dapat gembirakan aku dan pertahankan hubungan ini .
jika ada kesempatan , aku ingin menjadi sebahagian dari hidupmu , menjadi suri dihatimu .
insyaallah .
aku akan kekalkan kau dalam hati ini , agar kau takkan pernah jauh dari aku .
maafkan andainya aku belum menjadi ang terbaik , tapi sebolehnya aku mahu mencuba .
aku berharap tidak ada insan lain yang bisa menggantikan tempat aku sekarang .
aku sedang menjadi seorang kekasih yang setia pada kau .
jangan pernah membuat aku berputus asa .
ikhlas dari aku _ kekasihmu _lanie

No comments:

Post a Comment